Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 15 negara paling kompetitif di dunia, berada di tangga ke-14 dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2015 (WCY) terbaharu yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland.
Walaupun turun daripada kedudukan ke-12 pada tahun lepas, negara menambah baik skornya kepada 84.11 daripada 82.09 yang dicapai tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.
Rangking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 tahun lepas. Senarai 15 negara teratas itu ialah:
RANKING SKOR
1) Amerika Syarikat (100.00)
2) Hong Kong (96.04)
3) Singapura (94.95)
4) Switzerland (91.92)
5) Kanada (90.41)
6) Luxembourg (89.41)
7) Norway (87.92)
8) Denmark (87.08)
9) Sweden (85.92)
10) Jerman (85.64)
11) Taiwan (85.41)
12) Emiriah Arab Bersatu (84.75)
13) Qatar (84.63)
14) Malaysia (84.11)
15) Belanda (83.62)
Beliau berkata Malaysia berada di kedudukan lebih tinggi berbanding negara-negara seperti Belanda (ke-15), Ireland (ke-16), New Zealand (ke-17), Australia (ke-18), United Kingdom (ke-19), Finland (ke-20), Korea (ke-25) dan Jepun (ke-27).
"Walaupun rangking kita turun dua tangga dalam laporan terbaharu ini, berada di senarai 15 teratas dalam kalangan negara paling kompetitif menunjukkan daya tahan dan daya saing ekonomi kita.
"Langkah meneruskan pembaharuan fiskal, inisiatif mengawal kenaikan kos hidup, pempelbagaian ekonomi, meningkatkan keupayaan dan kepakaran, mengkaji semula sistem pendidikan dan membaharui serta memodenkan sistem cukai menerusi Cukai Barang dan Perkhidmatan akan membolehkan Malaysia kekal kompetitif di persada global," kata Mustapa.
WCY juga menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam kalangan 30 ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kurang daripada US$20,000, mengekalkan kedudukan sebelumnya.
Dalam kalangan 28 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, Malaysia berada di kedudukan kelima paling kompetitif, manakala dalam kalangan anggota ASEAN negara kekal di kedudukan kedua dan di kedudukan keempat dalam kalangan 14 negara di rantau Asia Pasifik.
WCY menyediakan penilaian paling objektif bagi daya saing negara-negara dalam dunia global hari ini berdasarkan kepada empat faktor -- prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana.
Antara empat faktor itu, Malaysia mencatatkan peningkatan dalam petunjuk prestasi ekonomi, naik tiga tangga ke kedudukan keenam daripada kedudukan kesembilan tahun lalu.
Mustapa berkata ini disokong peningkatan ketara dalam dua subsektor iaitu ekonomi domestik dan pekerjaan.
Laporan itu menyatakan pelaksanaan Program Transformasi telah membuahkan hasil positif dan menyumbang kepada daya tahan ekonomi.
Ini termasuk inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, yang berada di landasan untuk membolehkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Bernama
Thu May 28 2015
Walaupun turun daripada kedudukan ke-12 pada tahun lepas, Malaysia menambah baik skornya kepada 84.11 daripada 82.09 yang dicapai tahun lepas.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Malaysia negara ke-14 paling kompetitif di dunia
Walaupun turun daripada kedudukan ke-12 pada tahun lepas, Malaysia menambah baik skornya kepada 84.11 daripada 82.09 yang dicapai tahun lepas.