awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
2 maut gempa bumi di Mexico
Ketua PBB gesa Israel batalkan larangan terhadap NGO bantuan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia peroleh manfaat ekonomi melalui TPPA, OBOR - Pakar

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
24/09/2016
10:12 MYT
Malaysia peroleh manfaat ekonomi melalui TPPA, OBOR - Pakar
Walaupun Cina tidak terlibat dalam TPPA, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Penyertaan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menghalang Malaysia untuk mendapat manfaat ekonomi menerusi inisiatif yang ditawarkan laluan Sutera China.
Menurut pakar perkongsian strategik Cina dan Amerika Syarikat, Dr S. Mahmud Ali, Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan diplomatik yang baik dengan kedua-dua negara.
Jelasnya, walaupun Cina tidak terlibat dalam Perjanjian TPP, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Ketika inisiatif yang disediakan menerusi One Belt One Road (OBOR) Cina membuka peluang pelaburan untuk jangka panjang, perjanjian TPP pula dapat meningkatkan kualiti pelaburan membabitkan perniagaan di negara ini. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina, Datuk Abdul Majid Khan berkata kekuatan ekonomi Cina akan membantu Malaysia untuk kekal berdaya saing.
"Setiap cadangan mempunyai merit dan kelebihan yang berbeza kepada Malaysia dan kita boleh menguruskan kedua-keduanya, jadi mengapa tidak kita mengambil peluang ini.
"Perjanjian TPP mempunyai pendekatan yang berlainan, ia membantu negara untuk mempertingkat kualiti perusahaan kita dalam bentuk pelaburan, buruh dan alam sekitar. Manakala untuk pelan dari negara Cina, kita mendapat kelebihan kerana mereka membawa banyak pelaburan dan teknologi.
"Baru-baru ini, mereka mengumumkan akan melabur di enam buah pelabuhan negara dan pelabuhan adalah aspek yang begitu penting dalam ekonomi kita. Melaluinya lebih banyak kapal boleh memasuki negara dan kita boleh eksport lebih banyak barang ke luar dan memulakan banyak aktiviti subsidiari yang lain," katanya.
Mereka ditemui ketika majlis wacana Perjanjian PPA anjuran King's College Alumni Malaysia, di ibu negara, pagi Sabtu.
Malaysia adalah antara 14 negara yang telah menandatangani perjanjian TPPA termasuk Amerika Syarikat, Chile, New Zealand, Australia, Singapura, Brunei Darussalam, Kanada, Mexico dan Peru.
Topic Berkaitan
#laluan Sutera China
#OBOR
#One Belt One Road
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#S. Mahmud Ali
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan