Tutup

Berita  | Bisnes

Malindo Air sambung penerbangan ke Chitose, Hokkaido

Malindo Air sambung penerbangan ke Chitose, Hokkaido
Sempena penyambungan semula penerbangan ke Jepun itu, Malindo Air berkata ia menawarkan tiket tambang promosi serendah RM709 bagi kelas ekonomi dan RM2,989 bagi kelas perniagaan.
KUALA LUMPUR: Malindo Air pada Khamis mengumumkan syarikat itu akan menyambung semula penerbangan di laluan Kuala Lumpur - Chitose, Hokkaido menerusi Taipei di Taiwan mulai 25 Jan 2020 , dengan tiga penerbangan seminggu pada Selasa, Rabu dan Sabtu.

Sempena penyambungan semula penerbangan ke Jepun itu, Malindo Air berkata ia menawarkan tiket tambang promosi serendah RM709 bagi kelas ekonomi dan RM2,989 bagi kelas perniagaan, yang kini boleh ditempah menerusi laman web Malindo Air www.malindoair .com, pejabat tiket, pusat khidmat pelanggan dan ejen perjalanan pilihan.
"Tempoh tempahan adalah mulai sekarang hingga 13 Dis 2019 bagi tempoh perjalanan dari 25 Jan 2020 hingga 28 Mac 2020," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, "Kami memperkenal semula laluan ini kerana kami komited untuk mewujudkan lebih banyak pilihan dalam hubungan serantau, dan kami optimis terhadap pertumbuhan pasaran di rantau ini selain memberi sokongan kepada industri pelancongan Malaysia dan Jepun."
"Terdapat potensi pelancongan yang besar untuk diteroka di Hokkaido. Chitose mempunyai sesuatu yang unik untuk dinikmati semua orang. Anda boleh meneroka Tasik Shikotsu yang penuh misteri dan ketenangannya tasik air tawar yang indah. Permukaan Lake Shikotsu tidak pernah beku, walaupun dalam musim dingin yang melampau di Hokkaido," kata Mushafiz.

Untuk maklumat terkini tentang aktiviti dan promosi Malindo Air, sila berhubung dengan kami melalui Twitter (https://twitter.com/malindoair), Facebook (facebook.com/MalindoAirMalaysia) atau Instagram (instagram.com/malindoair).

-- BERNAMA