awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
Anwar ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia
California keluar surat arahan pemberhentian kepada xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAVCOM buat laporan polis ke atas Tony Fernandes

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
15/05/2018
06:22 MYT
MAVCOM buat laporan polis ke atas Tony Fernandes
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan untuk menyelia industri penerbangan awam di Malaysia
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah menyangkal tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
MAVCOM berkata,suruhanjaya itu pada hakikatnya telah meluluskan semua 66 penerbangan tambahan yang telah dipohon oleh AirAsia pada 23 April 2018.
Menurut MAVCOM, suruhajaya itu menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan lain untuk mengurang atau membatalkan apa-apa penerbangan yang telah memenuhi keperluan pengawalseliaan.
MAVCOM menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes adalah satu perkara yang serius dan telah membuat laporan polis.
IMBAS KEMBALI Tuduhan Tony Fernandes terhadap MAVCOM:
  • Suruhanjaya memberitahu AirAsia Berhad (“AirAsia”) untuk membatalkan semua 120 penerbangan tambahan yang dipohon oleh AirAsia semasa tempoh Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (“PRU14”)

MAVCOM menjelaskan bahawa semua permohonan penerbangan tambahan yang diterima oleh Suruhanjaya adalah dibuat melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (“CAAM”). AirAsia pada 13 April 2018 dan 18 April 2018, telah meminta sebanyak 54 penerbangan tambahan (27 perjalanan pergi balik dengan jumlah maksimum penumpang sebanyak 13,660) yang akan beroperasi semasa PRU14 dan penerbangan tambahan tersebut telah diluluskan oleh MAVCOM pada 17 April 2018 dan 18 April 2018. Pada 20 April 2018 (Jumaat) jam 3.20 petang, AirAsia selanjutnya telah meminta 86 penerbangan tambahan (43 perjalanan pergi balik dengan jumlah penumpang maksimum sebanyak 15,480) yang akan beroperasi semasa PRU14.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Firefly
#jeneral Abdullah Ahmad
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Airlines
#Malindo Air
#mavcom
#Najib Razak
#PRU14
#Rafidah Aziz
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan