Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun yang berkuatkuasa serta merta untuk pekerja wanita yang layak.
Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat kumpulan itu di Menara Maybank, di sini, pada Rabu.
"Manfaat ini diperkenalkan selepas membuat semakan menyeluruh terhadap dasar dan program yang ditawarkan Kumpulan Maybank.
"Peningkatan kepada dasar cuti bersalin 90 hari sedia ada ini merupakan satu lagi ciri utama komitmen kami terhadap agenda kepelbagaian dan kerangkuman Maybank serta sejajar usaha berterusan kami bagi menginsankan pengurusan manusia," katanya.
Selain itu, Maybank turut memperkenalkan dasar cuti sabatikal bagi semua kakitangan yang layak untuk mengambil cuti minimum tiga bulan sehingga 24 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
Nora berkata peningkatan kepada dasar cuti bersalin 90 hari sedia ada itu merupakan satu lagi ciri utama komitmen Maybank terhadap agenda kepelbagaian dan kerangkuman, serta sejajar usaha berterusan bagi menginsankan pengurusan manusia. Gambar fail
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cuti bersalin 98 hari berkuat kuasa 1 Jan 2023
Antara pindaan itu ialah waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, cuti bersalin menjadi 98 hari dan cuti paterniti tujuh hari.
Jakim berunding dengan MOF isu tangguh cuti bersalin elaun penuh
Hakimah berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak Kementerian berkenaan.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.
Guru Kafa dapat cuti bersalin elaun penuh mulai 1 Jan - Jakim
Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Kerajaan sedang menambah baik dan meminda undang-undang berkaitan perburuhan, seperti Akta Kerja 1955, dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji.
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2020
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula 9 Dis, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari.
MEF hanya setuju tiga hari cuti bersalin - Shamsuddin Bardan
Persetujuan cuti tiga hari itu juga adalah atas prinsip kos pembiayaan cuti pekerja terlibat tidak ditanggung sepenuhnya oleh majikan.
Kedah kaji kesesuaian cadangan cuti bersalin 90 hari
Kerajaan Kedah akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di peringkat negeri ini sebelum melaksanakannya.
Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.
Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin
Sharifah Hapsah berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.