Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alibaba Cloud untuk memacu ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia melalui pengenalan inisiatif Malaysia City Brain.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata platform Malaysia City Brain kini melalui fasa perintis, selepas mendapat bukti konsep (PoC) daripada kerajaan pada Ogos tahun lepas.
"Fasa perintis itu, turut dikenali sebagai fasa pertama, yang sedang dilaksanakan di kawasan pusat perniagaan, meliputi 300 lampu isyarat dan 500 CCTV, dijadualkan siap pada Mei tahun ini," katanya kepada pemberita selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di sini pada Isnin.
Beliau berkata projek perintis itu hanya dilaksanakan di Kuala Lumpur dan MDEC akan menilai sama ada inisiatif itu dapat diperluaskan ke bandar-bandar utama lain, selain melantik perkongsian awam-swasta untuk menguruskan platform tersebut di peringkat tempatan, jika perlu.
"Kerjasama dengan DBKL dan Alibaba Cloud satu lagi lonjakan ke arah pendigitalan Malaysia, dengan wujud perkongsian pengetahuan dan amalan yang terbaik. Kami gembira dengan prospek kerjasama ini yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
"Pengenalan Malaysia City Brain hanya permulaan. MDEC akan terus mengusahakan alternatif AI berprofil tinggi yang terpilih dan pada masa sama membangunkan rangka kerja AI Kebangsaan," kata Yasmin.
Inisiatif Malaysia City Brain menawarkan kepada pihak berkepentingan rangkaian yang komprehensif bagi pengambilalihan, integrasi dan analisis data besar yang dihasilkan daripada pelbagai sumber di kawasan bandar melalui pengenalan video dan imej, perlombongan data dan teknologi pembelajaran mesin.
Presiden Alibaba Cloud Simon Hu berkata inisiatif itu akan memberi majlis bandaraya dan perancang bandar keupayaan untuk membuat keputusan yang lebih baik untuk komuniti mereka.
"Membina kerjasama ini, kami gembira melihat Malaysia sebagai negara pertama di luar China yang melaksanakan City Brain.
"Melalui program ini, kami berhasrat untuk memperkasakan semua pihak berkepentingan di Malaysia, dalam sektor awam dan swasta, dengan kaedah untuk meningkatkan kecekapan, kemajuan dalam inovasi, dan berjaya dalam era digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2018
Majlis pertukaran MoU antara Yasmin dan Datuk Bandar KL Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz (kanan) pada Isnin disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Alibaba Cloud permudah FSI Malaysia guna penyelesaian awan
Alibaba Cloud Intelligence bersedia membantu mempermudah serta memenuhi keperluan institusi perkhidmatan kewangan (FSI) Malaysia untuk menerimaguna khidmat penyelesaian berasaskan pengkomputeran awan.
PM Najib ucap tahniah kepada MDEC, Alibaba bagi inisiatif Malaysia City Brain
Sistem perbandaran pintar ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia.
MDEC, DBKL, Alibaba bekerjasama lancar Malaysia City Brain
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata platform Malaysia City Brain kini melalui fasa perintis, selepas mendapat bukti konsep (PoC) daripada kerajaan pada Ogos tahun lepas.