Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Bisnes

Medac lantik lima Ahli Lembaga SKM baharu

Medac lantik lima Ahli Lembaga SKM baharu
Medac melantik lima Ahli Lembaga Pengarah SKM yang baru untuk tempoh dua tahun bermula 16 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2022. - Medac
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melantik lima Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baru untuk tempoh dua tahun bermula 16 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2022.

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Keusahawanan) Medac Datuk Mohammad Radhi Abd Razak bagi mewakili kementerian itu, Datuk Seri Mohd Amim A Wahab (sektor korporat), Mat Deris Jusoh (koperasi), Rusdi Ibrahim (sektor korporat) dan Shahrul Azhar Amir bagi sektor teknikal.
Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya berharap mereka bersedia menggalas setiap amanah diberikan.

"Saya mengalu-alukan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SKM dan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk SKM terus mencapai kecemerlangan menyumbangkan pengalaman dan buah fikiran kepada pembangunan gerakan koperasi negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Hadir sama pada penyerahan watikah berkenaan ialah Ketua Setiausaha Medac Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Nordin Salleh.