awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka catat kedatangan lebih 8.73 juta pelancong

Bernama
Bernama
15/08/2018
05:26 MYT
Melaka catat kedatangan lebih 8.73 juta pelancong
I menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong atau lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail
Lebih 8.73 juta pelancong direkodkan telah melawat Melaka sepanjang tempoh enam bulan pertama (Januari - Jun) tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.
Pengerusi Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Muhammad Jailani Khamis berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong atau lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lepas.
"Peningkatan jumlah kedatangan pelancong ini disumbangkan oleh penambahan pelancong domestik ke Melaka iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus, selain kedatangan pelancong asing yang turut mengalami peningkatan mendadak iaitu lebih 520,000 atau 19.03 peratus," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim).
Ghazale ingin tahu mengenai bilangan pelancong yang masuk ke Melaka dan pecahan pelancong mengikut negeri dan negara bagi tempoh enam bulan pertama 2018.
Muhammad Jailani (PKR-Rembia) berkata pelancong dari lima negara merekodkan kadar tertinggi iaitu China, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam.
"Bagi pelancong domestik lima negeri yang dilaporkan ramai mengunjungi negeri ini ialah dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kebanyakan pelancong ini gemar menikmati ikan bakar dan asam pedas di Melaka," katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri Melaka
#Indonesia
#Jailani Khamis
#Johor
#Korea Selatan
#Muhammad Jailani
#Negeri Sembilan
#pelancongan
#terengganu
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan