Tutup

Berita  | Bisnes

Mercedes idaman anda serendah RM2,800? Biar betul...

Mercedes idaman anda serendah RM2,800? Biar betul...
Jika Mercedes Benz jadi pilihan anda, inilah masanya untuk menjenguk ruang pameran mereka mencari model A-, GLA, C-, GLC mahupun E-Class baharu. - Foto ihsan Daimler
APABILA tiba masa untuk menukar kereta, ramai yang bingung memikirkan kadar faedah yang kian meningkat bagi pinjaman sewa beli sekarang.

Bagaimanapun, jika Mercedes Benz yang menjadi idaman, inilah masanya untuk menjenguk ruang pameran mereka bagi mencari model A-, GLA, C-, GLC mahupun E-Class baharu.

Syarikat jenama Jerman ini menawarkan pelan pembiayaan dengan kadar faedah serendah 1.38 peratus.

Tambah menarik, pelan dengan kadar faedah maksimum 2.08 peratus ini disertakan dengan Insurans Permotoran Komprehensif dan Pakej Penyelenggaraan Percuma - bergantung pada model pilihan dan tempoh pembiayaan.
Siapa sangka, penggemar kereta yang lazim dipanggil ‘Merc’ sahaja ini kini boleh memilikinya pada harga serendah RM2,800 sebulan bagi model A200 dengan pengiraan deposit 10 peratus dan kadar faedah 2.08 peratus bagi pinjaman tujuh tahun. 

Bukan itu sahaja, bagi model GLA, GLC, C dan E-Class, turut ditawarkan alat ganti cakera dan alas brek set depan dan belakang bagi menghebatkan lagi pengalaman pemanduan anda nanti.
Mobility Plus adalah satu lagi perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan Mercedes Benz Malaysia.

Di bawah program ini, sekiranya kereta anda memerlukan tempoh penyelenggaraan yang lama, kereta ganti akan disediakan bagi memudahkan pergerakan.

Tawaran menarik ini adalah terhad kepada stok dan bergantung pada terma dan syarat.

Promosi berakhir 31 Oktober 2019.