Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengeluarkan soalan lazim mengenai pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport yang akan bermula pada 1 Januari, 2020.
Dalam helaian soalan lazim yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata, kadar cukai tersebut akan bermula pada enam peratus ke atas pihak penyedia perkhidmatan digital.
"Semua hasil cukai perkhidmatan akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.
"Hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti menambah baik kemudahan infrastruktur jalan raya, kesihatan dan pendidikan yang tentunya dapat terus menyokong pembangunan ekonomi yang mapan dalam jangka panjang," kata MoF.
Antara contoh perkhidmatan digital yang dikenakan cukai ialah kandungan digital, perisian program, perkhidmatan pengurusan data elektronik dan perkhidmatan pengiklanan dalam talian.
Kementerian itu juga berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menyediakan garis panduan soalan lazim berkaitan cukai perkhidmatan digital diimport.
"JKDM turut akan menjalankan "roadshow" (jerayawara) di dalam dan luar negara bagi tujuan penyampaian maklumat serta pendaftaran awal syarikat yang berkaitan dengan perkhidmatan digital," kata kementerian itu.
Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi pusat panggilan Kastam di talian 1300-888-500 untuk sebarang pertanyaan tentang cukai digital.
Bernama
Mon Dec 23 2019
Antara contoh perkhidmatan digital yang dikenakan cukai ialah kandungan digital, perisian program, perkhidmatan pengurusan data elektronik dan perkhidmatan pengiklanan dalam talian. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.