Kementerian Kewangan akan menumpukan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.
Menterinya, Lim Guan Eng, berkata dengan adanya dua aspek utama itu ia dijangka dapat meningkatkan kuasa beli rakyat, sekali gus memastikan ekonomi terus berkembang dengan rancak dan mampan.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
"Bagi saya aspek penting ialah salah satu kita harus wujudkan lebih banyak perkerjaan dan gaji munasabah. Saya rasa kita perlu lihat dua aspek untuk tambahkan kuasa pembelian di kalangan mereka khususnya golongan tidak berada di sini (dengan) gaji lebih munasabah dan ini akan beri kesan yang positif impak baik dari segi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, syor terhadap kedua-dua aspek itu akan diumumkan secara terperinci ketika pembentangan Bajet 2020 di Parlimen pada 11 Oktober depan.
Katanya, usaha untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 memerlukan pembabitan semua pihak secara holistik bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik.
Jelasnya perkara ini tidak hanya membabitkan Kementerian Kewangan sahaja, sebaliknya memerlukan sokongan semua kementerian dan pihak berkuasa sekiranya mahu kemakmuran ini dinikmati bersama.
"Jadi, di sini kita lihat ada dua aspek (iaitu) kita nak galakkan lebih banyak pekerjaan dan saya rasa satu cadangan akan dibentangkan pada mesyuarat parlimen pada 11 Oktober.
"Memang ini adalah sesuatu yang akan diutamakan (supaya) kita dapat rapatkan jurang sosial ekonomi dan dapat tambah pendapatan dan kemakmuran semua rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan di Butterworth pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 sebagai dasar baharu kerajaan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara rakyat.
Dr Mahathir berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Perdana Putra, Putrajaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Sep 15 2019
Lim Guan Eng, berkata dengan adanya dua aspek utama itu ia dijangka dapat meningkatkan kuasa beli rakyat, sekali gus memastikan ekonomi terus berkembang dengan rancak dan mampan. - Gambar fail/BERNAMA
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok
Pelaksanaan duti eksais bagi produk cecair nikotin dianggap satu langkah tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia.
Bajet prihatin demi kesejahteraan keluarga Malaysia
Dalam keadaan pandemik dan Malaysia akan berada dalam fasa endemik selepas ini, perpaduan merupakan asas terpenting untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya bangkit semula.
Kerajaan digesa benarkan lanjutan operasi PKS sehingga 24 jam
Pandemik COVID-19 yang hampir memasuki tahun kedua menyebabkan industri itu semakin terdesak untuk terus beroperasi.
Bajet 2022: MOT saran tambah kaunter bergerak JPJ
Rancangan untuk menambah 30 unit kaunter itu dipertimbangkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Bajet 2022: PH harap cadangan dipertimbang kerajaan
PH telah diberi penerangan oleh Tengku Zafrul berkaitan belanjawan dan terdapat tiga lagi pertemuan
Guru di institusi pendidikan Islam terima bantuan sara hidup RM800
Dana itu adalah daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah Bajet 2020.
Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker
'Sidang DUN sepatutnya diadakan pada 30 Mac hingga 3 April, tetapi ditunda kepada 4 hingga 13 Mei depan dengan enam hari tempoh bersidang'.
Gaji minimum: 95 peratus benefisiari adalah pekerja asing
Langkah kerajaan meningkatkan gaji minimum akan memberi kesan terhad kepada ekonomi dan gaji minimum yang lebih tinggi akan memberi manfaat kepada pekerja asing.
Kerajaan agresif terangkan Belanjawan 2020 guna media sosial - Kian Ming
Kerajaan akan menggunakan media sosial dengan lebih agresif untuk memberi penjelasan mengenai Belanjawan 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lepas.
Ini bukti kerajaan komited untuk perangi rasuah - Latheefa Koya
Penambahan 100 kakitangan pada 2020 adalah manifestasi jelas dalam komitmen memerangi rasuah.