Tutup

Berita  | Bisnes

Moody's beri penarafan 'A3' bagi nota senior Maybank bernilai HK$200 juta

Moody's beri penarafan 'A3' bagi nota senior Maybank bernilai HK$200 juta
Menurut Moody's, prospek stabil, seiring dengan prospek kukuh terhadap penarafan deposit 'A3' Maybank dan penarafan negara 'A3' Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service memberi penarafan 'A3' hutang tidak bercagar senior mata wang asing jangka panjang kepada nota senior HK$200 juta (HK$100 = RM53.65) Malayan Banking Bhd (Maybank) yang diterbitkan di bawah Program Nota Jangka Sederhana pelbagai mata wang bank bernilai US$15 bilion.

"Prospek stabil, seiring dengan prospek kukuh terhadap penarafan deposit  'A3' Maybank dan penarafan negara 'A3' Malaysia.
"Nota senior membawa kupon kadar tetap pada 1.80 peratus setahun dan akan matang pada 2 Ogos, 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Moody's berkata penarafan 'A3' diberikan kepada nota HK$ seiring dengan penarafan deposit mata wang asing 'A3' Maybank.
"Nota HK$ akan mengandungi obligasi tanpa syarat, tidak subordinat dan obligasi tidak bercagar Maybank, dan bertaraf setara dengan obligasi tidak bercagar senior lain Maybank," katanya.

Ia berkata peningkatan penarafan negara 'A3' Malaysia mungkin akan membawa kepada kenaikan taraf 'A3' deposit mata wang asing Maybank dan penarafan hutang senior, dengan andaian metrik kredit kendiri bank itu kekal teguh.