HSBC Malaysia, yang merangkumi HSBC Bank Malaysia Bhd serta HSBC Amanah Malaysia Bhd, menawarkan langkah tambahan bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bank itu, melangkaui bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) yang diumumkan pada Rabu.
Tambahan itu, katanya membabitkan faedah untuk pinjaman konvensional termasuk keuntungan ke atas pembiayaan Islam tidak akan dikompaun dalam tempoh moratorium.
Ini adalah sebahagian daripada moratorium automatik yang ditawarkan untuk membantu pelanggan yang terjejas oleh wabak COVID-19, kata HSBC dalam satu kenyataan.
BNM mengumumkan penangguhan enam bulan untuk semua pinjaman atau pembayaran balik pembiayaan bermula pada bulan depan, meliputi semua pinjaman dalam ringgit, yang tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada 1 April.
Bagaimanapun, faedah atau keuntungan akan terus terakru ke atas pembayaran balik yang tertunda, yang mesti diiktiraf pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Stuart Milne berkata bank akan terus menyokong Malaysia dan memantapkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam usaha membantu komuniti mengharungi masa yang sukar.
“Kami bersimpati dengan semua pihak yang terpaksa melalui masa yang mencabar di sini, berikutan wabak COVID-19 dan oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk pelanggan runcit dan PKS agar kedua-dua faedah membabitkan pinjaman konvensional dan keuntungan pembiayaan Islam tidak akan dikompaunkan dalam tempoh moratorium.
"Kami berharap usaha proaktif ini akan membantu meringankan bebanan kewangan mereka,” katanya.
Berbanding dengan langkah yang diumumkan BNM, faedah masih akan terakru dan dikompaunkan ke atas pinjaman konvensional (tidak termasuk pinjaman sewa beli) tetapi keuntungan daripada pembiayaan secara Islam terakru tetapi tidak dikompaunkan.
Untuk pelanggan korporat, HSBC akan membuat kajian semula berdasarkan kes tertentu dan menggalakkan mereka menghubungi bank melalui pengurus perhubungan mereka.
“Sila ambil perhatian bahawa hanya akaun tidak terjejas sahaja yang layak untuk moratorium. Moratorium ini terpakai kepada semua pinjaman/pembiayaan tertunggak pada 1 April 2020.
“HSBC Malaysia akan terus berunding dengan BNM apabila kami menilai inisiatif selanjutnya untuk menghulurkan bantuan kepada pelanggan individu dan komersial dalam tempoh mereka melalui cabaran kewangan mereka. Kami sedia memberikan bantuan komprehensif kepada pelanggan yang memerlukan,” tambahnya lagi.
Maklumat lanjut dan butiran akan disediakan menjelang 1 April. Pelanggan runcit boleh merujuk kepada a href="http://www.hsbc.com.my/help/coronavirus/"www.hsbc.com.my/help/coronavirus//a dan pelanggan PKS boleh menghubungi pengurus perhubungan mereka untuk perkembangan terbaharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
HSBC Malaysia akan terus berunding dengan BNM apabila kami menilai inisiatif selanjutnya untuk menghulurkan bantuan kepada pelanggan individu dan komersial dalam tempoh mereka melalui cabaran kewangan mereka. - Reuters
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.