awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Music Tribe pilih Malaysia sebagai lokasi pacu transformasi digital peringkat global

Farhana Joni
Farhana Joni
08/07/2020
01:24 MYT
Music Tribe pilih Malaysia sebagai lokasi pacu transformasi digital peringkat global
Malaysia dipilih menjadi ibu pejabat Music Tribe bagi menerajui strategi Transformasi Digital Global syarikat tersebut.
Malaysia dipilih menjadi ibu pejabat Music Tribe bagi menerajui strategi Transformasi Digital Global syarikat tersebut.
Music Tribe yang diasaskan oleh Uli Behringer pada 1989 merupakan syarikat peralatan audio dan muzik profesional yang beroperasi di United Kingdom, Denmark, Sweden, Kanada, Jerman, China dan Filipina.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan berkata Music Tribe telah membangunkan ibu pejabat syarikat di bawah skim Principle Hub pada 2019 bagi menggabungkan fungsi kepemimpinan dan pengawasan global.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan sokongan di atas keyakinan yang diberikan Music Tribe.
"Pengumuman itu membuktikan Malaysia berupaya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada syarikat antarabangsa.
"Ekosistem yang berasaskan kemahiran dan dasar perniagaan yang menyokong berjaya menepati kriteria untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan pelaburan," katanya pada Rabu.
Pengumuman Music Tribe itu selari dengan pelancaran Projek Lighthouse di bawah inisiatif MIDA iaitu menggalakkan pemain industri saling membimbing dalam penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan dan teknologi Industri 4.0 yang lain.
Sementara itu, Uli Behringer memuji daya saing di negara ini yang menjadi faktor tarikan utama syarikat tersebut memilih Malaysia sebagai lokasi ibu pejabat.
"Setelah beberapa tahun kami melalui proses penilaian untuk mencari lokasi ibu pejabat yang sesuai.
"Fokus kami adalah jarak pelanggan, kumpulan bakat, rantaian bekalan dan terutamanya sokongan kerajaan," katanya.
Kenyataan media Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai langkah Music Tribe membuka ibu pejabat di Malaysia.

Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
#Ibu pejabat
#Malaysia
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MIDA
#Music Tribe
#Uli Behringer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan