Pembangunan ekonomi digital dan teknologi dalam memastikan kelestarian ekonomi serantau Asia Pasifik perlu diambil kira sebagai hala tuju yang bakal menjadi faktor pemboleh ubah dalam penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 pada November 6-12, 2020.
Pengerusi Mesyuarat Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob di Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai-pegawai Kanan APEC di sini, hari ini berkata agenda utama ini bakal menjadi hala tuju yang bakal menjadi tunjang utama persidangan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun depan.
Bagi memacu agenda utama APEC 2020, Malaysia mengambil tanggungjawab dalam menentukan setakat mana setiap faktor atau pemboleh ubah dalam beberapa bidang keutamaan melalui ekonomi digital dan teknologi dalam memacu kelestarian ekonomi inovatif.
Antara agenda utama lain termasuk pembangunan naratif perdagangan dan pelaburan serta memacu kelestarian inovatif agar dapat dirasai masyarakt dalam rantau Asia Pasifik.
“Dengan mengambil kira hasil penyampaian setiap bidang berkenaan, kami berharap agar APEC dapat mencapai objektif asas untuk pembangunan ekonomi mampan dan kekayaan di rantau Asia Pasifik,” kata Hairi Yahri.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan sebelum perbincangan yang melibatkan lebih 100 delegasi tempatan dan antarabangsa dari 21 ekonomi APEC 2020. Mesyuarat ini turut dihadiri Pengerusi APEC, Tan Sri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).
Namun, beliau turut menegaskan perubahan tidak akan berlaku sekelip mata malah secara berperingkat dengan mengambil kira beberapa proses yang akan dirangka secara terperinci serta tersusun untuk mencapai pembangunan ekonomi seperti yang diharapkan.
“Kita perlu ingat bahawa komitmen pada tahun 2020 perlu menjurus kepada peluang jajaran ekonomi yang luas yang tidak hanya terbatas kepada badan korporat, sebaliknya kemakmuran bersama itu harus dirasai oleh rakyat,” kata Hairil Yahri.
“Inilah aspirasi APEC 2020,” tambahnya.
Hafidah Samat
Wed Dec 11 2019
Hairil Yahri (tengah) bersama Pengerusi APEC, Tan Sri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria (kiri) dan pegawai dari MITI. - Sumber foto Astro AWANI/Wan Felany
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Konflik di Asia Barat: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal pada Isnin.
Ringgit dijangka kekal lemah, didagangkan sekitar 4.76 berbanding dolar AS
Ringgit dijangka lemah dan didagangkan sekitar RM4.76 berbanding dolar AS minggu depan.
Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh berbanding mata wang global
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat.
Ringgit meningkat semula berikutan aktiviti jualan dalam dolar AS
Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas beberapa aktiviti jualan dalam mata wang AS itu.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit melanjutkan kenaikan untuk dibuka lebih tinggi pada pagi Selasa apabila dolar AS menurun.
Ringgit dibuka rendah, sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat AS
Ringgit memulakan urus niaga rendah berbanding dolar AS, didorong sentimen berhati-hati peniaga menjelang mesyuarat Fed pada 19-20 Mac.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit susut berbanding dolar AS hari ini selepas kenaikan hampir seminggu.
Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin berikutan mata wang AS itu merosot.