Berita  | Bisnes

Nissan rancang hentikan 10,000 pekerja di seluruh dunia

Nissan rancang hentikan 10,000 pekerja di seluruh dunia
Nissan rancang untuk hentikan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam usaha memperbaiki prestasi syarikat itu.
JENAMA kereta terkemuka Nissan merancang untuk menghentikan lebih 10,000 pekerjanya di seluruh dunia dalam usaha memperbaiki prestasi syarikat tersebut.

Kedudukan syarikat automotif Jepun itu terjejas ekoran keadaan ekonomi global yang teruk selain kontroversi salah laku kewangan yang melibatkan ketua eksekutifnya.

Menurut portal berita AFP, syarikat pengeluar kereta terkemuka itu pada Mei lalu mengumumkan pada Mei lalu bahawa ia akan berhentikan sejumlah besar daripada 139,000 individu yang merangkumi tenaga kerja global syarikat tersebut.
Pada tahun lalu, syarikat tersebut telah mencatatkan kadar untung bersih yang paling rendah sepanjang tempoh sembilan tahun dan menjangkakan persekitaran perniagaan global yang suram pada tempoh 12 bulan yang akan tiba.

Nissan juga telah mengeluarkan laporan memaklumkan syarikat berkenan  telah mengalami keuntungan bersih sebanyak 319 bilion Yen (AS$2.9 bilion) pada tahun lalu iaitu jumlah keuntungan yang paling rendah sejak tahun 2010.

Penjualan Nissan di Amerika Syarikat dan Eropah telah merudum ikutan penangkapan Carlos Ghosn, bekas ketua eksekutif Nissan atas dakwaan salah laku kewangan.

Kes tersebut juga telah menyebabkan ketegangan dengan syarikat Perancis Renault, yang memiliki 43 peratus kepentingan dalam Nissan.

Renault bersama dengan kerajaan Perancis menyokong Ghosn dalam kes tersebut dengan menyifatkan Nissan tidak wajar memecat Ghosn selagi dakwaan tersebut belum disahkan.

Tag: Nissan, ekonomi, Amerika Syarikat, Jepun, Ghosn, Carlos, AFP, bisnes, kereta, Eropah, Perancis, Renault, kontroversi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.