Dana RM30 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk penghasilan beras pulut di pulau ini diharap dapat digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan sawah terlibat seterusnya membantu penghasilan beras pulut yang berkualiti, demikian pandangan pesawah projek itu.
Mohamad Zuki Ramli, 54, yang memiliki 7.28 hektar (18 ekar) kawasan sawah dalam projek rintis padi pulut di Kampung Ayer Hangat di sini berkata beliau menyertai projek itu sejak Ogos lepas sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggalakkan pesawah di pulau ini menanam padi pulut.
"Menerusi peruntukan itu saya harap beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti perbaiki dan bersihkan parit, kawasan bendang perlu diratakan sebelum proses semaian dilakukan dan jentera untuk proses tanam dan tuai perlu ditambah.
"Setakat dua bulan ini saya lihat padi pulut yang disemai awal Ogos lepas mula berbuah dengan agak baik, kita jangka tuaian pertama dapat dilakukan akhir Disember nanti," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Isnin.
Selain di Kampung Ayer Hangat, Mohamad Zuki yang lebih 30 tahun mengusahakan sawah turut memiliki tanah seluas kira-kira 3.7 hektar (9.2 ekar) yang ditanam dengan padi biasa di Kampung Padang Lalang.
Semalam, Mohamad Zuki atau lebih dikenali sebagai 'paksu' dalam kalangan penduduk setempat turut diberi peluang bertemu Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, bagi berkongsi pengalaman serta permasalahan yang boleh diperbaiki dalam projek padi pulut di pulau ini.
Menerusi Belanjawan 2020 bertemakan 'Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama', kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Langkawi yang dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani.
Sebagai rekod buat permulaan benih padi pulut varieti Siding yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah disemai di 38.9 hektar daripada 2,038 hektar kawasan yang bakal terlibat dalam projek itu di pulau ini setakat Ogos lepas.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi Johari Darus juga senada bahawa kemudahan infrastruktur perlu diperbaiki untuk kemudahan pesawah terlibat dan penghasilan beras pulut yang baik.
"Saya lihat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti mewujudkan kolam takungan air kerana Langkawi sering menghadapi masalah kemarau, naik taraf jalan ladang di kawasan sawah serta baik pulih longkang.
"Pada masa hadapan perlu juga dibina kilang pemprosesan padi kerana ketika ini tiada kilang di pulau ini, biasanya padi akan dikumpul sebelum dibawa ke kilang di Alor Setar. Adalah lebih baik diwujudkan kilang di sini supaya memudahkan padi pulut yang dituai, diproses, dibungkus seterusnya menjadi 'signature' produk Langkawi," katanya.
Bernama
Mon Oct 14 2019
Menerusi Belanjawan 2020 bertemakan 'Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama', kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Langkawi yang dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani. - fotoBERNAMA
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.
PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.