Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tahun lepas, China melabur AS$2 bilion (RM8.4 bilion) di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.
"China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak AS$100 bilion," katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju Industri China di sini pada Selasa.
Acara anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu turut dihadiri Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Datuk Seri Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin, dan semasa di sini, syarikat Malaysia dan China akan menandatangai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
Putrajaya dan Beijing juga akan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan, Pemerolehan, Kontrak Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilai AS$13.10 bilion (RM55 bilion) pada Selasa.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China sangat menggalakkan berdasarkan hubungan perniagaan dan politik yang kini pada tahap tertinggi.
Beliau berkata syarikat Malaysia seperti IOI Group, Parkson, dan KLK, juga menimbang untuk meluaskan operasi masing-masing di China.
"Kami berkongsi pandangan China bahawa cara terbaik untuk berhadapan dengan kekangan ekonomi ialah dengan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan manfaat bersama dan pertumbuhan mampan menerusi pelaburan dan perdagangan," katanya.
Najib berkata pembabitan China yang semakin meningkat dengan rakan dan jirannya, menerusi strategi 'Go Abroad', inisiatif Satu Jalur Satu Jalan serta perjanjian pelbagai hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, membolehkan Malaysia meraih manfaat daripada penonjolan China di peringkat dunia.
Beliau berkata ekonomi Malaysia terus stabil dan berapa pada trajektori yang positif dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar antara 4 dan 4.5 peratus tahun ini dan meningkat kepada lima peratus pada 2017.
"Berdasarkan asas ekonomi yang kukuh, Malaysia terus menjadi destinasi yang sangat menarik kepada pelaburan langsung asing (FDI)," katanya.
Najib berkata pada separuh pertama 2016, FDI yang diluluskan mencecah 83.3 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata kepelbagaian ekonomi, asas perkilangan yang kukuh, infrastruktur moden dan penyambungan, dasar kerajaan yang proaktif selain sistem perundangan yang kukuh, menawarkan potensi besar untuk memperkukuh kerjasama dengan China.
"Malaysia juga boleh menjadi gerbang China ke ASEAN dan melepasinya," kata Najib pada pertemuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2016
PM Najib hadiri mesyuarat dengan ketua-ketua industri China yang dianjurkan MITI dan MIDA di China World Hotel, Beijing pada Selasa. - Foto Bernama
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.