Pembekalan keluaran halal semasa hanya menampung 20 peratus daripada permintaan sebenar dunia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Permintaan bagi produk halal global yang terdiri daripada makanan, minuman, ramuan, kosmetik dan barangan penjagaan diri serta farmaseutikal dianggarkan bernilai US$790 bilion (US$1=RM3.67).
"Namun, permintaan ini hanya dapat dipenuhi setakat 20 peratus atau bersamaan dengan nilai US$136 bilion oleh pembekal keluaran halal sedunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Program 'SME Mentoring' di sini semalam.
Mustapa berkata mengikut kajian oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) baru-baru ini, bilangan pembekal keluaran halal amat kecil dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.
"Jurang perbezaan permintaan berbanding bekalan adalah sebanyak 80 peratus dengan nilai kira-kira US$654 bilion.
"Pastinya, keadaan ini membuka peluang kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Usaha harus dipertingkatkan untuk mengetengahkan produk halal kita di pasaran antarabangsa," katanya.
Program seminar mentoring perniagaan yang dikendalikan secara bersama oleh HDC, SME Corp Malaysia dan Nestle (Malaysia) Bhd itu menyaksikan penyertaan sebanyak 243 syarikat PKS dari seluruh negara, sejak diperkenalkan pada 2009.
Mustapa berkata program sedemikian mampu membantu industri kecil dan sederhana mengukuh dan mengembangkan pasaran produk halal mereka melalui peningkatan kualiti, produktiviti dan pemasaran.
"Di samping berpeluang menjadi pembekal kepada Nestle, usahawan halal turut dibantu mempertingkatkan keupayaan untuk menembusi pasaran global," katanya.
Beliau berkata keseluruhan pasaran halal global yang dianggarkan bernilai lebih US$2.3 trilion setahun menyediakan peluang yang mampu menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.
"Jumlah penduduk beragama Islam di seluruh dunia dianggarkan 1.8 bilion dan merupakan pasaran yang besar dan amat luas.
"Produk halal turut menarik minat pengguna bukan Islam berikutan ciri-cirinya seperti kaedah penyediaannya yang selamat, hasilnya bermutu dan penuh khasiat.
"Dari sudut ini, penerimaan barangan halal menjangkau enam bilion pengguna di seluruh dunia," katanya.
Bernama
Fri Mar 27 2015
TOK PA: Bilangan pembekal keluaran halal amat kecil dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura
Ia antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal selain pertukaran hasil penyelidikan.
Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil
Malaysia mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf GIEI.
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM
Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.
MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal
Matrade optimis capai sasaran jualan eksport RM2.1 bilion menerusi pameran edisi ke-19 ini, yang bakal berlangsung bermula 12 -15 September ini.
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.