Harga minyak merosot selepas mencatatkan paras tertinggi baru-baru ini dan kini dagangan berada pada paras yang lebih mencerminkan asas pasaran kerana kebimbangan terhadap konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran semakin berkurangan.
Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent minggu lepas turun 45 sen kepada AS$64.92 (AS $1 = RM4.07) setong, sementara harga minyak mentah West Texas Intermediate merosot 52 sen kepada AS$59.04.
Kebanyakan penganalisis percaya bahawa ketegangan ketenteraan di antara kedua-dua negara yang semakin berkurangan memberi kelegaan bukan sahaja kepada ekuiti global tetapi juga negara-negara pengimport minyak.
Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata harga minyak yang lebih tinggi akan melemahkan pertumbuhan ekonomi yang menjadi pengimport bersih minyak seperti Indonesia dan India.
"Permintaan untuk minyak dalam negara pengimport bersih mungkin akan berkurangan apabila komoditi menjadi lebih mahal, sehingga mengakibatkan kelembapan dalam kegiatan ekonomi.
"Kemudian ia juga boleh menyebabkan inflasi berlaku lebih cepat. Penggunaan minyak mungkin pada tahap sederhana kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan," katanya kepada Bernama.
Sebaliknya, harga minyak yang lebih tinggi boleh menjadi keuntungan bagi negara yang menghasilkan minyak seperti Malaysia, ia menghasilkan kira-kira 661,000 tong minyak setiap hari, justeru kerajaan dapat menjana lebih banyak hasil daripada sumber berkaitan minyak, kata Tan.
Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas dilaporkan memperoleh manfaat sebanyak RM300 juta, tetapi ia akan menyebabkan kerajaan perlu memberi subsidi petrol yang lebih tinggi.
Tan berkata kenaikan ketara dalam harga minyak mungkin memberi impak besar kepada perniagaan dan pengguna kerana harga yang lebih tinggi kebiasaannya akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan.
"Kenaikan ini berpotensi menyumbang kepada angka inflasi utama tetapi risiko sedemikian ditangani di Malaysia oleh harga petrol yang ditambat," katanya.
Dalam keadaan ini, kredit harus diberi kepada kerajaan kerana memastikan Malaysia mempunyai pelan kontingensi ekonomi jika konflik AS-Iran bertambah buruk.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu bahawa konflik geopolitik itu telah dibincangkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas, dengan kebimbangan lebih kepada kesan pertumbuhan ekonomi global.
Beliau memberi respons pantas dengan memberi jaminan bahawa kerajaan yakin dapat menguruskan subsidi petrol sekiranya berlaku kenaikan harga.
Harga minyak melonjak pada awal minggu lepas kerana konflik AS-Iran mewujudkan kembimbangan bahawa bekalan minyak global akan terjejas berikutan kematian seorang pemimpin tentera Iran dalam serangan udara AS pada 3 Januari lepas.
Harga komoditi sangat sensitif terhadap ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang meningkat secara mendadak, ia merupakan rantau bagi negara-negara pengeluar minyak utama.
Serangan udara itu mengakibatkan harga minyak Brent naik ke paras tertinggi pada AS$70 setong pada Isnin.
Ia meningkat kepada paras tertinggi bagi tempoh empat bulan pada US$71.75 setong pada Rabu selepas Iran melepaskan peluru berpandu pada 8 Januari terhadap dua pangkalan tentera AS di Iraq sebagai tindakbalas terhadap serangan AS.
Harga merosot kepada AS$65.22 setong kemudiannya selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan Iran "dilihat dalam tempoh bertenang" di Timur Tengah.
"Bagaimanapun, risiko konflik geopolitik meningkat secara tiba-tiba dan pemulihan permintaan global yang dijangkakan berlaku akan mengekalkan harga minyak pada paras tinggi antara AS$60 hingga AS$65 dan ke atas, buat masa ini," kata Tan.
Pengeluaran minyak Iran melebihi 3.8 juta tong sehari pada 2017.
Sejak sekatan AS dikenakan ke atas negara itu pada tahun 2018, angka itu kini jatuh kepada sekitar 2.1 juta tong pada November 2019, kata Tan, memetik laporan bulanan terkini Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum.
"Walaupun jumlah penggunaan minyak global secara purata adalah kira-kira 99.8 juta tong sehari pada 2019, keupayaan Iran untuk memenuhi permintaan itu telah berkurangan dengan ketara berikutan sekatan AS," katanya.
Penganalisis MIDF Research Noor Athila Mohd Razali berpendapat bahawa konflik semasa antara AS dan Iran akan membawa kepada pergerakan harga minyak yang lebih mampan dan prospek stabil bagi industri minyak dan gas.
"Kami mengulangi pandangan kami bahawa keadaan tidak mungkin bertambah buruk buat masa ini dan kami menjangkakan harga minyak didagangkan antara US$60 dan US$65 dan secara purata pada AS$65 setong pada 2020," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Perlu dinyatakan bahawa krisis AS-Iran bukan satu-satunya faktor yang mendorong kenaikan harga minyak.
Statistik menunjukkan prospek Brent berada pada aliran menaik sejak Oktober 2019, memandangkan para pelabur semakin yakin bahawa pengurangan tarif menerusi perjanjian perdagangan 'phase one' (fasa pertama) AS-China dapat membantu permintaan minyak global pulih.
Seterusnya, pada Disember 2019, dolar AS yang menyusut nilai juga menyebabkan harga minyak meningkat lagi.
Sejak Intercontinental Exchange melancarkan kontrak niaga hadapan Brent pada 1988, niaga hadapan Brent jatuh serendah US$9.55 setong pada Disember 1998, dan mencecah AS$147.50 setong pada bulan Julai, 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Harga minyak yang lebih tinggi akan melemahkan pertumbuhan ekonomi yang menjadi pengimport bersih minyak seperti Indonesia dan India. - Gambar hiasan
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.