Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group, menyasarkan penggunaan ruang dalam perniagaan kargo dan logistiknya, yang kini kurang digunakan, meningkat lima peratus susulan perkongsian baharu dengan Gobi Partners dan EasyParcel.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata pada masa ini, syarikat penerbangan itu hanya menggunakan 15 peratus daripada 60 peratus ruang yang diperuntukkan untuk kargo dan logistik manakala baki 40-50 peratus adalah untuk bagasi.
"Saya percaya kita boleh menjadikan perniagaan logistik dan kargo sebesar segmen penumpang. Potensi perniagaan ini sangat luas," katanya ketika mengumumkan perkongsian itu di sini hari ini.
Teleport, platform kargo dan logistik yang dijenamakan semula AirAsia, dan syarikat modal teroka Gobi Partners, melabur AS$10.6 juta dalam e-dagang serantau dan syarikat penghantaran bungkusan, EasyParcel.
EasyParcel, yang mempunyai hampir setengah juta pengguna, akan menggunakan pembiayaan Siri B untuk memperluas penawarannya kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menerusi perkongsian itu, EasyParcel akan memanfaatkan keupayaan logistik dan infrastruktur Teleport yang meliputi lebih 100 bandar raya, 10,000 penerbangan AirAsia setiap minggu dan 1,000,000 tan kapasiti kargo.
CEO Teleport Pete Chareonwongsak berkata syarikat itu mahu menggandakan pendapatan dalam tempoh 12 bulan akan datang daripada RM400 juta yang diperoleh tahun lepas.
"Teleport akan mengubah ekosistem logistik dan e-dagang, menjadikannya lebih mudah kepada orang, ramai terutama PKS, untuk memindahkan barangan dari A ke B.
"Menerusi kepakaran operasi kami pelaburan ini akan membolehkan kami mempercepat akses logistik untuk PKS, dan pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak kerjasama dengan komuniti pemula niaga logistik wilayah," katanya.
Turut hadir, Pengasas dan CEO EasyParce Clarence Leong dan Pengarah Urusan Gobi Partners, Jamaludin Bujang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
AirAsia percaya boleh menjadikan perniagaan logistik dan kargo sebesar segmen penumpang. - Foto AirAsia
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.