awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan 47% kos asal LRT3, ini impaknya - Kementerian Kewangan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/07/2018
08:43 MYT
Pengurangan 47% kos asal LRT3, ini impaknya - Kementerian Kewangan
Set tren tiga gerabak juga dilihat mampu mengurangkan masa lebih singkat iaitu sebanyak dua minit berbanding enam minit mengikut perancangan awal. - Gambar fail
Pengurangan kos projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sebanyak RM15 bilion akan lebih memberi manfaat kepada pengguna, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian berkata, pengurangan kos sebanyak 47 peratus; iaitu daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion itu akan menyumbang kepada operasi yang lebih berdaya maju, di samping memastikan harga tiket yang lebih rendah untuk pengguna.
“MOT menyokong penuh sambungan LRT3 sejauh 37 kilometer kerana projek ini sangat kritikal untuk mengurangkan kadar kesesakan trafik di salah satu jalan yang boleh dikatakan penting serta menempatkan koridor pembangunan ekonomi yang padat dengan penduduk, iaitu dari Klang ke Petaling Jaya.
“Laluan LRT baharu ini dijangka dapat menampung populasi sebanyak dua juta dengan keupayaan kapasiti untuk mengangkut 36,700 pengguna per jam untuk setiap laluan,” kata Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menjawab mengenai kegusaran sesetengah pihak mengapa tiga gerabak berbanding enam yang dipersetujui sebelum ini, MOT berkata, mereka telah mengkaji semula spesifikasi 22 set tren tiga gerabak, dan mendapati ia lebih dari mencukupi untuk memenuhi keperluan penumpang.
“Semasa waktu puncak, bilangan maksimum penumpang yang diunjurkan bagi satu arah setiap jam adalah 6,185 untuk tahun 2034, dan 22 set tren tiga gerabak ini boleh menampung sehingga 6,210 penumpang.
“Tambahan tren tiga gerabak boleh dibeli untuk meningkatkan kapasiti penumpang menjelang 2050,” jelas kementerian lagi, selain menambah stesen-stesen yang sedang dalam pembinaan boleh menampung tren empat gerabak bagi tahun 2050 dan seterusnya.
Selain itu, MOT berkata, set tren tiga gerabak juga dilihat mampu mengurangkan masa lebih singkat iaitu sebanyak dua minit berbanding enam minit mengikut perancangan awal.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#Klang
#LRT 3
#Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan