Tiga teras utama diberi fokus bagi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Pelan tersebut adalah bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19.
Tiga teras utama tersebut adalah memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.
Bagi teras memperkasakan rakyat, pelan yang diumumkan ini turut bertujuan untuk membina sebuah ekosistem yang dapat membantu pekerja kembali bekerja, dan menyesuaikan diri dengan cara kerja yang baru.
Berikut adalah rangkuman senarai pelan tersebut;
1) Insentif pengaturan kerja fleksibel
- Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, kerajaan memberikan beberapa insentif percukaian.
- Ia termasuk potongan cukai tambahan ke atas perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada bermula 1 Julai 2020.
- Seterusnya adalah pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang
menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan bermula 1 Julai 2020.
- Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet bermula 1 Jun 2020.
- Susulan penambahan pekerja yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja.
2) Subsidi penjagaan anak
- Bagi memudahkan pekerja yang bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak.
- Ia termasuk pemberian e-Baucar bernilai RM800 untuk mendapatkan pengasuh secara dalam talian dan ia boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.
- Selain itu, geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.
- Insentif tersebut adalah untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM.
3) Subsidi Pengangkutan Awam MY30
- Kerajaan memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had pada kadar RM30 sebulan bagi penggunaan perkhidmatan re (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
4) Bantuan sosial bagi golongan mudah terjejas
- Bantuan kewangan secara ‘one-off’ bernilai RM300 akan diberikan kepada golongan OKU berdaftar dan ibu tunggal.
- Geran juga akan diberikan kepada NGO berkaitan.
5) Skim kesihatan PEKA B40
- Kerajaan menggandakan peruntukan sedia ada seperti program PEKA B40 kepada RM100 juta untuk membiayai empat kemudahan kesihatan kepada golongan B40.
- Empat kemudahan tersebut adalah saringan kesihatan, bantuan alat pernafasan, insentif rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan bagi kesihatan.
6) Perkihdmatan internet untuk pembelajaran dan peningkatan produktiviti
- 1GB percuma setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang untuk melayari laman web berkaitan pendidikan, produktiviti (aplikasi persidangan video) dan berita oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat.
- Ia termasuk penggunaan percuma tanpa had bagi aplikasi COVID-19 yang diusahakan kerajaan dan akses kepada laman web KKM dan kementerian lain.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Jun 06 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan dan radio di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.