Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan dijangka berkembang sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh lima tahun dari sekarang, menurut unjuran ekonomi baru-baru ini.
Pada 2018, perdagangan antara kedua-dua negara mencatat pertumbuhan 22.1 peratus, bernilai AS$23.73 bilion (RM98.16 bilion).
Pengarah Bahagian Ekonomi Malaysia di Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipeh David Hsu berkata dalam tempoh lima bulan pertama 2019, eksport Malaysia ke Taiwan mencecah AS$4.1 bilion (RM16.96 bilion) manakala import Malaysia dari Taiwan bernilai AS$ 3.8 bilion (RM15.72 bilion) .
"Perdagangan antara kedua-dua negara semakin meningkat dan berkembang setiap tahun, yang merupakan petanda yang baik untuk pelaburan semasa dan akan datang," katanya kepada Bernama pada Pavilion Excellence Taiwan: 'Menghargai Kehidupan Moden Inovasi Taiwan' sempena Pameran Antarabangsa Reka Bentuk Dalaman Bangunan serta Bangunan (Archidex) 2019 di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi pelbagai jenis peluang integrasi seperti acara Taiwan Excellence dan Ekspo Taiwan setiap tahun, kami berharap dapat memperkenal beberapa syarikat dan produk terbesar Taiwan ke pasaran Malaysia.
"Kami berharap dapat melibatkan rakyat Malaysia dan Taiwan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pertukaran teknik menerusi pelbagai ekspo seperti Taiwan Excellence dan Taiwan Expo.
"Inilah peluang bagi kami untuk memperkenal produk kepada rakyat Malaysia, dan kami juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengetengahkan produk mereka seperti durian ke negara kami, memandangkan platform itu juga dilihat sebagai peluang bagi rakyat Malaysia untuk meningkatkan eksport ke negara kami," katanya.
Taiwan Excellence, tanda kualiti bagi beberapa produk terbaik dari Taiwan, menyertai pameran seni bina premium tahun ini, Archidex 2019, dari 3 hingga 6 Julai.
Serjumlah 21 pengeluar Taiwan dalam pelbagai industri mempamerkan 60 penyelesaian rumah dan bandar pintar berkualiti tinggi ke Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan.
Pensijilan ini sudah wujud selama 27 tahun, dan produk dipilih dengan teliti setiap tahun untuk mengekalkan kecemerlangan ini.
Sementara itu, Bintronic Enterprise Company Ltd berkata ia mahu bekongsi teknologinya dengan syarikat Malaysia yang berminat untuk bekerja bersama-sama bagi meluaskan pasaran peranti rumah dan pejabat teknologi pintar,.
Wakil jualan syarikat itu Alice Chao berkata sebagai contoh produk bidai bermotor, dapat menawal pencahayaan secara semula jadi dalam bangunan dan sudah terbukti dapat menjimatkan tenaga sebanyak 25 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2019
Pada 2018, perdagangan antara kedua-dua negara mencatat pertumbuhan 22.1 peratus, bernilai AS$23.73 bilion (RM98.16 bilion).
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.