Tutup

Berita  | Bisnes

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik hampir jadi realiti

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik hampir jadi realiti
Perjanjian itu antara lain mengurangkan tariff dalam ekonomi negara ahli yang merangkumi 13 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia - Foto AstroAWANI
SYDNEY: Versi lengkap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dikeluarkan pada Rabu sekali gus membuktikan perjanjian itu hampir pasti menjadi realiti tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Reuters, lebih 20 peruntukan telah digantung atau diubah dalam teks akhir itu sebelum ditandatangani secara rasmi pada 8 Mac di Chile.

Perubahan itu termasuk syarat berkaitan harta intelek yang sebelum ini dituntut oleh AS.

Sebanyak 11 negara ahli sebelum ini berdepan ketidaktentuan selepas AS menarik diri sebaik sahaja Donald Trump menjadi Presiden.
11 baki negara ahli TPPA, diketuai Jepun, kemudian memuktamadkan semakan semula perjanjian pada Januari dan mengubah nama kepada Perjanjian Komprehensif dan Progresif Kerjasama Trans-pasifik (CPTPP).

Perjanjian itu antara lain mengurangkan tarif dalam ekonomi negara ahli yang merangkumi 13 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia atau AS$10 trilion.
Sejumlah 11 negara terlibat antaranya Australia, Kanada, Chile, Jepun dan Malaysia.