awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Firefly ke Singapura akan diketahui tidak lama lagi

Bernama
Bernama
31/03/2019
23:21 MYT
Perkhidmatan Firefly ke Singapura akan diketahui tidak lama lagi
Dr Wan Azizah bersama Anthony Loke (kiri) menunjukkan kad diskaun semasa Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter di KL Sentral, 31 Mac, 2019. -- fotoBERNAMA
Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai penggantungan perkhidmatan penerbangan Firefly ke Singapura sejak Disember tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata pihaknya masih dalam poses memuktamadkan butiran mengenai perkara itu.
Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, menggantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember lalu sehingga pihak berkuasa menyelesaikan perkara berkaitan dengan rancangan pihak berkuasa Singapura untuk memindahkan operasi pesawat turbo-prop dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Seletar.
"Kami harap syarikat penerbangan itu boleh menyambung semula perkhidmatan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, Firefly mengadakan 20 penerbangan ke Singapura dari Subang, Ipoh dan Kuantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak syarikat
#Anthony Loke
#changi
#Firefly
#gantung perkhidmatan
#kad diskaun
#Keretapi Tanah Melayu
#KTM
#Menteri Pengangkutan
#penerbangan
#Singapura
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan