Perodua bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup industri semasa tempoh yang sukar sekarang ini, berikutan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua menyokong sepenuhnya matlamat kerajaan termasuk pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan bagi memperkukuhkan industri automotif Malaysia khususnya dalam saat-saat yang mencabar.
"Ini merupakan tempoh yang benar-benar menguji kita semua, bagaimanapun, Perodua yakin dengan kerjasama kerajaan, industri serta ekosistem pembekal dan peniaga, akan dapat mengharungi badai ini secara bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam laporan terkini menganggarkan penurunan 28 peratus dalam jualan kereta baharu pada tahun ini disebabkan oleh PKP dan untuk membolehkan perniagaan automotif melangsungkan operasi, ia memerlukan minimum 500,000 dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) pada 2020.
Antara insentif yang digariskan oleh MARii bagi merangsang permintaan termasuk pengecualian sementara ke atas pembayaran pendahuluan, pengurangan kadar faedah pinjaman dan subsidi bersama antara pembuat kereta serta kerajaan membabitkan cukai jalan dan insurans untuk tempoh masa yang terhad.
Beliau berkata Perodua sedang melakukan bahagiannya bagi mengekalkan ekosistemnya yang luas merangkumi pembekal dan peniaga.
"Selain komitmen jumlah, kami membantu dan menyokong mereka melalui pelaburan dan pembelian dahulu, tempoh kredit yang lebih lama serta pelbagai inisiatif transformasi operasi dan program pembangunan," katanya lagi.
Perodua telah menjual 52,920 kenderaan dalam tempoh lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran daripada TIV sebanyak 129,401 unit.
Pada hari ini, semua model Perodua mempunyai lebih daripada 90 peratus kandungan tempatan, dan pada tahun lepas, pembuat kereta itu membeli komponen bernilai RM5.4 bilion daripada pembekal Malaysia.
Bernama
Thu Jun 04 2020
Perodua menyokong sepenuhnya matlamat kerajaan termasuk pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan industri automotif. - Gambar Astro AWANI.
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.