awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan PKS menjelang CAEXPO 2019 capai 90 peratus - MATRADE

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/09/2019
01:27 MYT
Persiapan PKS menjelang CAEXPO 2019 capai 90 peratus - MATRADE
Persiapan 167 PKS mencapai 90 peratus menjelang pembukaan CAEXPO 2019. -Foto Afiezy Azaman
Dua hari lagi menjelang pameran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019, persiapan 167 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencapai 90 peratus.
Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pendaftaran serta taklimat dan sesi pemahaman pasaran China terhadap semua PKS telah dijalankan.
Pengarah Pemasaran Eksport & Bahagian Akses MATRADE, Khairul Annuar Abdul Halim berkata terdapat 600 lebih PKS dari seluruh negara yang mahu menyertai CAEXPO 2019, namun pihaknya hanya memilih 167 syarikat yang dilihat berpotensi untuk dibawa menyertai program tersebut.
Majlis Taklimat bersama PKS di Nanning, China.
Majlis Taklimat bersama PKS di Nanning, China.
"Kali ini kami membawa 61 peratus muka baru PKS dari seluruh negara untuk memberi pendedahan serta membawa produk dan perkhidmatan Malaysia ke Nanning, China.
"Menjelang dua hari lagi CAEXPO 2019, segala persiapan telah dilengkapkan terhadap mereka semua dan sekarang hanya tinggal pemasangan ruang pameran masing-masing iaitu esok (Khamis)," katanya kepada Astro AWANI di Majlis Taklimat bersama PKS di Nanning, China, pada Rabu.
Majlis Taklimat bersama PKS di Nanning, China.
Majlis Taklimat bersama PKS di Nanning, China.
Tahun ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengetuai delegasi syarikat Malaysia ke CAEXPO 2019.
Sebanyak RM639.66 juta nilai penjualan syarikat Malaysia pada tahun lepas yang mencatat peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding 2017.
Antara sektor yang dipromosikan di CAEXPO termasuk makanan dan minuman, kesihatan, gaya hidup perkhidmatan seperti pelancongan dan francais.
Topic Berkaitan
#CAEXPO
#Ekspo China-ASEAN
#Khairul Annuar Abdul Halim
#Matrade
#Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan