awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat kedua A350 XWB Malaysia Airlines selamat tiba

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/12/2017
07:13 MYT
Pesawat kedua A350 XWB Malaysia Airlines selamat tiba
Menerusi pesawat A350-900 itu, Malaysia Airlines berbangga membawa Jalur Gemilang ke seluruh dunia, sekaligus membawa imej dan nama negara. Astro AWANI
Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat kedua model A350 XWB, satu-satunya dengan paparan logo Negaraku bermotifkan Jalur Gemilang di bahagian luarnya.
Pesawat MH5025 jenis A350-900 ini berlepas dari Toulouse, Perancis pada jam 2.02 tengah hari Jumaat dan selamat tiba di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di sini jam 9.45 pagi ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata, Malaysia Airlines yakin pesawat terbaharu itu akan membawa industri penerbangan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.
"Malaysia Airlines sangat berbangga membawa Jalur Gemilang ke seluruh dunia, sekaligus membawa imej dan nama negara.
"Kami bangga dan yakin, dengan Airbus 350 ini, Malaysia Airlines akan terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penumpang sebagai perlambangan nilai-nilai Malaysia," katanya.
Izham berkata demikian kepada media ketika ditemui di kompleks itu untuk turut serta menerima pesawat komersial A350-900 tersebut, yang menggunakan enjin tujahan termaju Rolls Royce Trent XWB.
Antara ciri istimewa pesawat ini ialah, ia memiliki 286 tempat duduk, dengan tiga kelas, terdiri daripada 4 tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group, Kapten Izham Ismail (tengah) turut hadir menyambut ketibaan pesawat A350-900.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group, Kapten Izham Ismail (tengah) turut hadir menyambut ketibaan pesawat A350-900.
Penumpang juga berpeluang menikmati hiburan dan capaian perhubungan (connectivity) dalam pesawat yang akan memberikan kepuasan dan keselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Pesawat Airbus A350-900 itu adalah yang kedua daripada enam pesawat yang diterima Malaysia Airlines secara berperingkat menerusi pajakan daripada Air Lease Corp, Amerika Syarikat, menerusi program selama 12 tahun.
BACA: 5 perkara menarik tentang pesawat terbaharu Malaysia Airlines
Pesawat pertama tiba pada 30 November lalu, dari Toulouse, Perancis.
Empat daripada enam unit pesawat itu akan digunakan untuk penerbangan Kuala Lumpur - London, menggantikan pesawat Super Jumbo A380.
Topic Berkaitan
#A350 XWB
#A350-900
#Airbus
#Jalur Gemilang
#Malaysia Airlines
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan