Syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dipelawa meneroka sepuluh blok baharu minyak dan gas di Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pelawaan tersebut yang melibatkan tujuh penerokaan di Zon Ekonomi Eksklusif (EZZ) dan tiga di kepulauan Natuna dibuat oleh Menteri Koodinator Maritim Indonesia Luhut Binsar Panjaitan dalam satu pertemuan mereka di pejabatnya di Perdana Putra, di sini, pada Selasa.
Bercakap pada sidang media selepas pertemuan dengan Luhut, yang juga Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Ahmad Zahid berkata dengan pelawaan tersebut, Petronas berpeluang menyertai tender terbuka oleh Pertamina, syarikat carigali minyak dan gas Indonesia, bagi penerokaan blok baharu minyak dan gas di beberapa lokasi lain.
Petronas juga berpeluang menggunakan kecanggihan teknologi yang dimiliki untuk meneroka 16 blok baharu yang dianggap sebagai 'blok pengeluaran', di mana walaupun ia telah mengecil tetapi melalui penggunaan teknologi baharu masih berupaya mengeluarkan hasil, katanya.
"Ia dianggap sebagai tawaran yang baik kerana Petronas juga secara asasnya memberi tumpuan kepada eksplorasi di negara-negara ASEAN kerana selain memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos, ia juga dapat berkongsi silang budaya antara negara-negara terlibat," katanya.
Ahmad Zahid berkata tawaran tersebut menjadi lebih menarik apabila kerajaan Indonesia bersetuju mengurangkan pertindihan beberapa aspek perundangan yang menjadi antara masalah kepada pelabur di republik itu.
Sementara itu beliau berkata pertemuan tersebut juga membuka lembaran baharu kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) apabila dibenarkan berunding secara terus dengan syarikat dan pengusaha arang batu di Indonesia, sekali gus memastikan bekalan bahan bakar berkualiti diperoleh secara berterusan.
Beliau berkata kedua-dua negara bersetuju supaya kerjasama TNB dengan Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia dibuat secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) bagi menjamin kualiti dan mutu arang batu yang dibeli.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Luhut sebagai menteri yang menyelaraskan soal tenaga dan hasil bumi Indonesia telah memberi jaminan jika usaha sama jangka panjang dapat dibuat, TNB dijamin akan mendapat bekalan arang batu mengikut spesifikasi yang dimahukan.
Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa peringkat teknikal melibatkan TNB, PLN serta syarikat dan pengusaha perlombongan arang batu di Indonesia akan diwujudkan bagi memperincikan objektif tersebut.
Sementara itu, Luhut berkata usaha yang dilakukan Ahmad Zahid merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan Indonesia kerana selain merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara, ia juga menjanjikan keuntungan perniagaan.
"Kami ingin kerjasama antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih dekat, banyak kegiatan akan berkembang dan kita harap pelaksanaan kepada apa yang dipersetujui hari ini dapat dilaksanakan segera," katanya.
Bernama
Tue Aug 30 2016
AHMAD ZAHID: Ia dianggap sebagai tawaran yang baik kerana Petronas juga secara asasnya memberi tumpuan kepada eksplorasi di negara-negara ASEAN.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.