Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Bisnes

Petronas kekal A2, unjuran 'stabil' - Moody's

Petronas kekal A2, unjuran 'stabil' - Moody's
Petronas diberikan penarafan ini walaupun pasaran minyak yang lemah dan jangkaan bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan mungkin berlaku, kata Moody's / Foto Arkib
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service mengekalkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2.

Menurut Moody's, unjuran bagi Petronas kekal ‘stabil’.

Sebelum ini, pada Jun 2019, Moody's telah menurunkan penarafan Petronas kepada A2 daripada A1 serta mengubah unjuran kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’.

Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan global itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, dan unjuran penafaran ini sejajar dengan penarafan A3 yang diberikan oleh mereka terhadap kerajaan Malaysia.
Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan berkata hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas akan memastikan penarafan A2 ini akan stabil untuk jangka masa sederhana.

"Penarafan A2 ini melambangkan sokongan metrik kredit Petronas, dan akan terus menyokong penilaian kredit asas (baseline credit assessment, atau BCA) dan penarafan ini diberikan walaupun keadaan pasaran minyak mentah yang semakin lemah," kata Halan.
"Unjuran stabil ini dijangka akan berkekalan kerana kami menjangkakan Petronas akan terus mempunyai kemampuan untuk mengekalkan posisi kukuh dalam kitaran tunai mereka, walaupun kami jangka syarikat ini akan berikan dividen lebih kepada kerajaan tahun ini," tambah beliau lagi. 


Tag: Petronas, presiden, minyak, Malaysia, moodys, rating, snp, fitch, unjuran stabil



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.