awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas mungkin pertimbang pemberhentian pekerja

Najib Aroff
Najib Aroff
21/01/2016
09:46 MYT
Petronas mungkin pertimbang pemberhentian pekerja
Pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap. -Foto EPA
Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.
Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.
Sementara itu Petronas menerusi email kepada Astro AWANI berkata syarikat itu enggan memberikan sebarang komen terhadap dakwaan tersebut selain enggan memberikan ulasan terhadap sebarang laporan yang bersifat spekulasi.
Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.
Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.
Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.
Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.
Topic Berkaitan
#minyak dan gas
#Pekerja
#pemberhentian sukarela
#Petronas
#VSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan