awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS Malaysia digesa pertimbang potensi pengeluaran makanan halal di India

Bernama
Bernama
21/02/2016
12:50 MYT
PKS Malaysia digesa pertimbang potensi pengeluaran makanan halal di India
PKS Malaysia seharusnya meninjau potensi pelaburan di India, dengan mempertimbangkan sektor bukan tradisional, termasuk pengeluaran makanan halal.
Syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang meninjau potensi pelaburan di India, digesa supaya mempertimbangkan sektor bukan tradisional, termasuk pengeluaran makanan halal.
Pengerusi Bersama Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) Datuk Ramesh Kodammal berkata dengan hampir 18 peratus daripada 1.27 bilion penduduk India beragama Islam, ia boleh menjadi bidang pertumbuhan baru bagi PKS Malaysia.
Beliau berkata AIBC dan rakan setaranya di India bersedia membantu pengeluar Malaysia mendapatkan rakan niaga tempatan selepas kejayaan yang dicapai di Pakistan dan Bangladesh.
"PKS kita menunjukkan prestasi yang baik di negara-negara ini dan boleh memperluaskan pengalaman mereka untuk menjalankan perniagaan di sini, dengan dasar terbuka kerajaan di bawah Perdana Menteri Narendra Modi," kata Ramesh.
Ahli perniagaan Malaysia yang membekalkan tekstil untuk syarikat perdagangan utama di dalam negara dan di dalam ASEAN, berkata pada masa ini, syarikat-syarikat Malaysia lebih cenderung kepada perdagangan tekstil, Teknologi Maklumat (IT) dan perniagaan berorientasikan perkhidmatan di India.
Beliau berkata kini tiba masanya bagi PKS meneroka melangkaui bandar-bandar besar India.
"Kebanyakan syarikat kita memberi tumpuan perniagaan mereka ke bandar utama seperti Chennai, Kolkata, Mumbai dan Delhi. Kita perlu meneroka potensi bandar-bandar lain di India.
"Dengan ekonomi India berkembang pada 7.0 hingga 7.5 peratus setiap tahun, warga India pada umumnya mempunyai kuasa beli yang lebih besar," kata Ramesh, ketika ditemui di luar acara Dialog Delhi di sini.
Beliau berkata dalam tempoh lima tahun lepas, perdagangan antara Malaysia dan India telah berkembang pada kadar stabil.
Malaysia mengeksport kira-kira AS$7 bilion nilai barangan dan perkhidmatan pada tahun 2015, berbanding import bernilai kira-kira AS$296 juta. Ramesh berpendapat PKS Malaysia mempunyai segala pengalaman dan kepakaran yang diperlukan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, dan tidak mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakan kongsi tempatan yang tepat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke India.
"Apa yang kurang bagi PKS bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di dalam ASEAN, ialah kekurangan maklumat terkini dan pengetahuan dasar terbuka diumumkan Modi, sejak beliau berkuasa pada 2014," katanya.
Sementara itu, Ramesh yang merupakan penceramah pada sesi perniagaan Dialog Delhi yang berlangsung selama tiga hari itu dan berakhir pada Jumaat, berharap hubungan yang lebih baik antara komuniti perniagaan dan banyak lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat antara ASEAN dan India.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan India menganjurkan pameran perdagangan sama seperti di Naning, China, yang menyediakan platform untuk semua pengeluar utama China menemui secara langsung rakan dagangan mereka.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pasaran halal India
#peluang pemasaran
#PKS Malaysia
#produk halal
#Ramesh Kodammal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan