Platform perdagangan Bursa Malaysia mengalami gangguan seketika pada pukul 3.30 petang pada Khamis akibat masalah teknikal.

Bursa Marketplace dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya memaklumkan, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti masalah yang dialami pihaknya.

"Kami sedang menjalankan diagnosis masalah dan akan berkomunikasi dengan semua peserta sementara menunggu keputusan analisis punca dan impaknya," katanya.

Bursa Malaysia dilaporkan mengalami gangguan sehingga menyebabkan perdagangan dalam taliannya terhenti sekitar pukul 3,20 petang tadi.

Perkara itu disahkan menerusi beberapa rangkaian perdagangan dalam talian termasuk iTrade CIMB, UTrade dan Mplus.

Difahamkan, gangguan tersebut berpunca selepas syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) memulakan perdagangan terakhir pada harga RM19.70.