Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai 58.19 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd (UMW), bersedia menyokong pelan syarikat tersebut untuk menggabungkan anak syarikat minyak dan gasnya dengan penggiat lain dalam industri itu jika diperlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, gabungan itu mungkin merupakan peluang kepada UMW Holdings kerana ia akan membantu syarikat itu mengharungi cabaran dalam industri minyak dan gas.
"Bagaimanapun ia bukan senang untuk melakukannya. Dan saya fikir itulah alasannya mengapa tidak ada sebarang gabungan sehingga kini disebabkan pelbagai cabaran, iaitu perbezaan syarat dan keperluan pemegang saham," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional di sini, pada Khamis.
Saham UMW Oil & Gas adalah antara yang terjejas teruk berikutan kejatuhan harga minyak.
"UMW adalah satu daripada syarikat strategik kami dan kami percaya kepada daya maju perniagaan mereka," kata Abdul Rahman.
UMW Holdings ialah syarikat perindustrian dengan kepentingan yang pelbagai dan global dalam sektor automotif, kelengkapan, pembuatan serta minyak dan gas.
Ketika ditanya sama ada terdapat syarikat minyak dan gas menyatakan minat untuk menggabungkan anak syarikat mereka dengan UMW Holdings, beliau berkata; "Belum lagi".
Begitu juga, industri automotif, yang UMW Holdings terlibat secara aktif, turut terjejas dengan ketidaktentuan ekonomi.
UMW Holdings memasang dan mengedarkan kenderaan penumpang dan komersil, termasuk Toyota dan Perodua.
"Perodua berjalan dengan baik, manakala Toyota menghadapi beberapa cabaran, tetapi kami sangat yakin dengan model baharu yang akan diperkenal, syarikat akan beroperasi dengan baik tahun depan," tambahnya. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 23 2016
Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai 58.19 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd (UMW). - Gambar fail
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.