Tutup

Berita  | Bisnes

PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan

PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan
Jalil Rasheed memulakan tugas sebagai Presiden PNB baharu pada 1 Oktober 2019. - Foto PNB
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baharu termasuk pelantikan Ketua Perbendaharaan Kumpulan PNB yang menjadi tumpuan. 

"Bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh organisasi dan memperkukuhkan tahap prestasi, PNB telah memperkemaskan struktur organisasi bagi mencerminkan fungsi asas unit perniagaannya dalam usaha mencontohi amalan syarikat pengurus aset global terkemuka," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, kepimpinan PNB kini diterajui 16 pengurusan kanan yang masing-masing mengetuai fungsi teras perniagaan PNB seperti berikut:-

1. Encik Jalil Rasheed, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan
2. Dato’ Mohd Nizam Zainordin, Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
3. Puan Hanizan Hood, Ketua Pegawai Pelaburan, Pasaran Awam
4. Encik Rick Ramli, Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah
5. Encik Mohammad Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, ASNB
6. Encik Mohamad Idros Mosin, Ketua Pelaburan Strategik Kumpulan
7. Encik Mohd Irwan Ahmad Mustafa @ Mustafa, Ketua Pasaran Persendirian Kumpulan
8. Encik Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Strategi
9. Encik Hafizuddin Sulaiman, Ketua Perbendaharaan Kumpulan
10. Puan Adibah Khairiah Ismail @ Daud, Ketua Setiausaha Syarikat & Undang-Undang Kumpulan
11. Encik Aziz Anuar, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan
12. Encik Muzzaffar Othman, Ketua Pegawai Teknologi
13. Puan Aida Md Daud, Ketua Modal Insan Kumpulan
14. Puan Suzana Ahmad, Ketua Pegawai Risiko
15. Cik Fairuz Suzana Hj. Kamaruddin, Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan
16. Encik Noramly Bachok @ Abdul Aziz, Ketua, Asurans Dalaman
17. Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua, Pengurusan Syariah
Baca: Jalil Rasheed Mulakan Tugas Presiden PNB Baharu Mulai 1 Oktober 2019

Menyertai barisan kepimpinan PNB ialah Hafizuddin Sulaiman bagi mengetuai bahagian Perbendaharaan yang baharu diwujudkan.

Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan modal dan kecairan bagi keseluruhan perniagaan, termasuk penjanaan dana dan pengurusan liabiliti.

Fungsi baharu ini diwujudkan selari dengan strategi kepelbagaian portfolio PNB, termasuk usaha untuk meningkatkan pendedahan pelaburan global.

Hafizuddin memiliki pengalaman luas dalam penjanaan dana dan pelaporan kewangan semasa berkhidmat di Khazanah Nasional Berhad dan Ernst & Young Kuala Lumpur.

“Dengan matlamat memperkukuhkan keupayaan PNB untuk terus memberi pulangan mampan kepada pemegang unit, perubahan ini akan membantu kami menguatkuasakan cara kerja yang lebih kolaboratif di seluruh organisasi, sekaligus membolehkan kami untuk membuat keputusan dengan lebih efektif tanpa menjejaskan aspek tadbir urus,” jelas Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.


Tag: Khazanah, Kuala Lumpur, PNB, syariah, presiden, pelaburan, integriti, operasi, undang-undang, jalil rasheed, Zeti Akhtar Aziz, nizam zainordin, rick ramli, hanizan hood



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.