Pos Malaysia Bhd menutup tahun kewangan terkininya dengan mencatatkan kerugian, iaitu kerugian suku yang ketiga -- dan terbesar -- pada suku keempat (Q4) tahun berkenaan yang berakhir 31 Mac, 2019.
Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM141.13 juta dalam Q4 daripada keuntungan bersih RM29.03 juta tahun sebelumnya, sementara pendapatan merosot 9 peratus kepada RM594.70 juta.
Syarikat itu berkata kerugian itu disebabkan hasil lebih rendah daripada segmen kurier dan logistik, "perbelanjaan lain" lebih tinggi daripada rosot nilai sebanyak RM39.62 juta di Pos Logistics, dan peningkatan kos jualan dan perbelanjaan operasi.
Sepanjang tahun itu, Pos Malaysia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM165.75 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM93.25 juta pada tahun sebelumnya.
Hasil merosot kepada RM2.36 bilion daripada RM2.47 bilion, sebelum ini disebabkan prestasi perniagaan mel, antarabangsa dan logistik yang lemah di Pos Malaysia dan Pos Logistics.
Dalam kenyataan pada Selasa, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Syed Najib Syed Md Noor berkata kerugian itu disebabkan kemerosotan berterusan dalam jumlah mel sebanyak 13 peratus tahun ke tahun, ditambah pula dengan kos tinggi berkaitan dengan kewajipan perkhidmatan sejagat.
"Kami bekerjasama rapat dengan pengawal selia bagi mengseimbangkan semula keseluruhan tarif untuk mengemas kini tarif yang kali terakhir diubah pada tahun 2010, mencerminkan kos semakin meningkat untuk berkhidmat kepada negara," katanya, sambil menyatakan terdapat peningkatan 17 peratus dalam alamat pos baharu kepada 8.9 juta alamat daripada 7.6 juta lima tahun lepas.
"Kami menjangkakan hasil positif daripada pengawal selia mengenai mengseimbangkan semula tarif.
"Rosot nilai juga dibuat untuk kebaikan Pos Logistics disebabkan peningkatan persaingan yang mengakibatkan mencatatkan prestasi di bawah jangkaan. Rosot nilai ini merupakan perbelanjaan sekali sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
Sepanjang tahun kewangan itu, Pos Malaysia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM165.75 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM93.25 juta pada tahun sebelumnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pos Malaysia tutup FY19 dengan catat kerugian, cari model harga baharu
Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM141.13 juta dalam Q4 daripada keuntungan bersih RM29.03 juta tahun sebelumnya, sementara pendapatan merosot 9 peratus kepada RM594.70 juta.