Susulan Forum 'Belt and Road' untuk Kerjasama Antarabangsa yang berlangsung di China pada 14 dan 15 Mei, Presiden China Xi Jinping dijangka akan mengunjungi negara ini tidak lama lagi.

Menurut firma penyelidikan UOB Kay Hian dalam satu laporan yang dikeluarkan pagi ini, kunjungan itu dijangka akan dibuat Ogos depan.

"Jika ini berlaku, ia boleh membawa kepada usaha yang lebih serius dalam memacu hubungan perdagangan dua hala yang lebih kukuh antara dua negara."

Persidangan 'One Belt, One Road' itu dijangka dapat meningkatkan nilai kepentingan dalam sebahagian daripada 14 perjanjian antara Malaysia dan China yang bernilai RM144 bilion.

Kunjungan Xi ke Kuala Lumpur tentunya akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua negara.