Prestasi ringgit akan menjadi lebih baik selepas keyakinan pelabur terhadap ekonomi mahu pun negara ini kembali pulih, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Ketika menegaskan perkara itu, bekas Gabenor Bank Negara itu berkata kerajaan baharu juga sedang berusaha gigih bagi menangani semua isu yang mencetuskan rasa bimbang.
"Saya yakin asas-asasnya masih ada. Apabila rejim fiskal dan keadaannya pulih kembali, ini akan menyumbang ke arah peningkatan penarafan (Malaysia).
"Ini disebabkan semua kategori lain - sistem kewangan, keadaan makroekonomi, inflasi dan kestabilan kewangan sudah sedia ada dan sepatutnya mendapat penarafan lebih tinggi.
"Namun, disebabkan isu fiskal ini, saya faham yang kita diberi penarafan A walaupun kita (Malaysia) berpotensi untuk mendapat AA," katanya yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengurus dana di sini, hari ini.
Menurut Zeti, kerajaan juga mahu memulihkan kedudukan fiskal baik dari sudut perolehan dan perbelanjaan agar dapat melaksanakan langkah seperti meneliti semula keutamaan projek-projek, usaha bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran.
Mengulas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau menegaskan usaha itu akan dilaksanakan mengikut peraturan dan proses sedia ada.
"Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan itu wujud dalam negara ini. Kita tidak akan bertindak bertentangan daripada sebarang peraturan dan proses dalam usaha menjalankan perubahan sewajarnya.
"Sehubungan itu, apa yang kita lakukan dalam tempoh 100 hari ini adalah mengumumkan tindakan yang akan diambil. Proses seterusnya samada ini perlu dibawa bagi mendapatkan kelulusan Parlimen, akan dibuat selepas itu," katanya.
Malah, kata Zeti, sebarang keputusan yang diambil dengan semua aspek termasuk strategi, proses, teknologi dan sistemnya akan turut diumumkan kepada orang ramai.
"Semua langkah yang diambil adalah secara menyeluruh dan tidak dilakukan dengan menumpukan perkara tertentu sahaja. Jika tidak, akan timbul isu lain yang perlu ditangani juga," katanya.
Selain itu, kira-kira 180 pengurus dana tempatan dan asing menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam.
"Hasilnya kelak adalah amat positif. Mesyuarat ini amat membantu kerana mereka yang terlibat dalam Majlis (Penasihat Kerajaan) juga sudah lama berada dalam bidang ekonomi ini sebelumnya. Para pengurus dana ini juga telah diberi jaminan mengenainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
ZETI: Kerajaan juga mahu memulihkan kedudukan fiskal baik dari sudut perolehan dan perbelanjaan.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.