Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mengumumkan cadangan jajaran baharu dari Kota Bharu ke Dungun, semasa Pemeriksaan Awam yang akan bermula pada Isnin, 25 Nov, 2019, menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
MRL dalam kenyataannya hari ini berkata orang awam boleh memberi maklum balas dan cadangan mengenai laluan Kota Bharu-Dungun (juga dikenali sebagai Seksyen A) yang merangkumi 210.4 km laluan utama, cadangan jajaran sisihan sepanjang 14.4 km untuk masa hadapan dan enam stesen penumpang/kargo, sepanjang Pemeriksaan Awam ECRL selama tiga bulan itu.
Jajaran baharu Seksyen A ECRL mencadangkan dua stesen untuk Kelantan iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh, manakala Terengganu akan mempunyai empat stesen, masing-masing di Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun.
Cadangan jajaran sisihan sepanjang 1.4 km itu dijangka menghubungkan laluan utama ECRL di Kelantan dengan pelabuhan Tok Bali.
Laluan Utama Kota Bharu-Dungun atau Seksyen A sepanjang 210.4 km melibatkan 43.9 jajaran rel di Kelantan dan 166.5 km lagi di Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata cadangan jajaran baharu Seksyen A adalah selari dengan nilai kejuruteraan komprehensif yang membawa kepada penjimatan kos projek ECRL yang ditambah baik.
Beliau berkata jajaran sejauh 210.4 km itu juga akan dibina di kawasan pedalaman berbanding kawasan berhampiran pantai di Kelantan dan Terengganu.
Darwis berkata MRL telah menerima kelulusan bersyarat Skim Kereta Api bagi Seksyen A daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 4 Nov 2019, yang membolehkan Pemeriksaan Awam dilakukan bagi memastikan projek itu turut mengambil kira pendapat danjangkaan penduduk tempatan teehadap cadangan jajaran baharu.
Tapak pameran Pemeriksaan Awam untuk Seksyen A akan beroperasi pada hari bekerja, bertempat di ibu pejabat APAD di Kuala Lumpur dari 25 Nov 2019 hingga 24 Feb, 2020 manakala lokasi bagi pemeriksaan awam di Kelantan dan Terengganu akan diumumkan dari semasa ke semasa dalam tempoh tiga bulan.
"Kami juga telah memulakan penilaian kesan alam sekitar, penilaian kesan sosial, dan penilaian kesan warisan untuk Bahagian A kepada pihak berkuasa kerana laporan ini merupakan antara prasyarat untuk mendapatkan kelulusan Skim Kereta Api daripada APAD," katanya.
"Orang ramai juga boleh melayari laman web MRL (www.mrl.com.my) atau mengakses platform media sosial projek ECRL untuk maklumat terkini dan perincian pelaksanaan Pemeriksaan Awam," katanya.
Mengenai kemajuan ECRL, Darwis berkata secara keseluruhan projek itu siap 12.86 peratus berbanding 10.18 peratus pada Jun 2019, dengan kerja-kerja pembinaan melibatkan terowong dan jejambat di sepanjang jajaran Dungun-Mentakab 223 km (juga dikenali sebagai Bahagian B ) sedang berjalan mengikut perancangan.
"Pembersihan tapak dan kerja tanah sedang giat dilaksanakan di beberapa tapak pembinaan di sepanjang Seksyen B, yang tidak terlibat dalam perubahan jajaran selepas pemulihan projek ECRL yang lebih baik pada April 2019," katanya.
ECRL, yang dijadualkan siap pada Disember 2026, akan mempunyai rangkaian kereta api 640 km dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dan dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Putrajaya kepada hanya empat jam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019
ECRL dijadualkan siap pada Disember 2026. - Gambar fail
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Aidilfitri: APAD harap lebih banyak pengendali bas ekspres mohon LPS
APAD turut mengingatkan pengendali bas ekspres berkenaan supaya mengenakan tambang yang munasabah.
Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
Permohonan Lesen Perubahan Sementara Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi.
APAD dapatkan maklum balas cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka
Pandangan dan maklum balas penting sebelum keputusan railway scheme dikeluarkan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembinaan trem.
Nahas enam beranak di Segamat: APAD batal lesen pengendali syarikat lori
Hasil siasatan APAD mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan.
Audit kemalangan di Putrajaya diserahkan kepada APAD Isnin depan
Aedy Fadly berkata, pihak JPJ turut terlibat dalam siasatan kes terbabit dan laporan itu sedang disiapkan.
APAD beri surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali treler
Tindakan itu dibuat bagi mendapatkan perincian mengenai kejadian kemalangan melibatkan 14 buah kenderaan yang meragut dua nyawa.