Proton membuka cawangan 3S (jualan, servis dan alat ganti) ketiganya di Kota Kinabalu, Shirba Auto World Sdn Bhd.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata inisiatif yang dilaksanakan untuk mengukuhkan syarikat mula membuahkan hasil, apabila syarikat mendapat keyakinan daripada pelabur dan pasaran.

"Ramai yang memutuskan untuk melabur dalam syarikat pengedar berikutan mereka telah melihat perkembangan yang positif di Proton. Mereka melihatnya sebagai jenama yang kukuh dan bersedia untuk menjadi rakan kongsi kami.

Facebook: Proton Cars

Sebagai pelabur Proton yang baharu, Pengarah Shirba Auto, Ridzuan Datuk Lassim berkata prospek perniagaan masa depan Proton adalah baik, terutamanya dengan pelbagai model kereta baharu.

Katanya ia turut memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa Proton kini dikendalikan oleh kumpulan tenaga kerja dengan pengalaman di peringkat global.

"Ia merupakan syarikat yang menarik, antarabangsa, memandang ke hadapan dan bersedia untuk mengambil alih pasaran," katanya.

-- BERNAMA