awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton terap rancangan perniagaan lima tahun hadapi ketidaktentuan ekonomi

Bernama
Bernama
21/03/2016
05:34 MYT
Proton terap rancangan perniagaan lima tahun hadapi ketidaktentuan ekonomi
Proton juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasakan keupayaan teknikal serta mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat pembekal komponen dan rangkaian pengedar. - Gambar fail
Pembuat kereta tempatan, Proton, telah memulakan beberapa langkah secara berperingkat di bawah rancangan perniagaan lima tahun syarikat bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi negara, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Miti dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata langkah tersebut termasuk merangka beberapa insentif melalui pelan pembangunan jangka panjang.
"Langkah-langkah ini bertujuan mentransformasi dan memperkasakan kedudukan semasa Proton dan pada masa akan datang bagi memastikan Proton akan dapat terus berdaya saing di dalam dan luar negara," kata kementerian bagi menjawab soalan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh).
Beliau bertanyakan unjuran masa hadapan Proton dalam ketidaktentuan ekonomi negara.
Miti berkata Proton juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasakan keupayaan teknikal serta mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat pembekal komponen dan rangkaian pengedar.
Kata kementerian bagi merangsang semula jualan kenderaan dan meningkatkan penggunaan lebihan kapasiti, Proton bercadang untuk memperkenalkan beberapa model baharu seperti Perdana baharu, Persona baharu dan Saga baharu tahun ini.
Selain itu, katanya melalui kerjasama dengan pengeluar kenderaan Jepun, Suzuki, Proton juga akan memperkenalkan beberapa model kenderaan baharu bagi pasaran tempatan dan serantau.
"Hala tuju inisiatif-inisiatif baharu Proton ini adalah bagi membolehkan Proton meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran dan pasaran yang lebih kompetitif," katanya.
Topic Berkaitan
#MITI
#Nasrudin Hassan
#Proton mula beberapa langkah secara berperingkat di bawah rancangan perniagaan lima tahun syarikat ketika ketidaktentuan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan