Jalinan kerjasama strategik di antara Proton Holdings Berhad dan syarikat pengeluar automotif dunia dijangka mampu meningkatkan keupayaan serta kepakaran Proton untuk bersaing di persada global.
Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah berkata bergerak ke hadapan model perniagaan yang perlu diguna pakai Proton adalah dengan menggabungkan ciri pengeluar kenderaan yang mampu bergerak sendiri serta mewujudkan kerjasama strategik dengan pemain industri lain di dunia.
"Kami memutuskan untuk melaksanakan kedua-dua pendekatan. Kami (Proton) akan meneruskan perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat yang bebas dengan membina laluan kami sendiri, membangunkan jurutera kami sendiri, memacu industri tempatan menerusi vendor kami serta syarikat pengedar kami sendiri.
"Pada masa sama kami melaksanakan rancangan kerjasama yang kami jalinkan setakat ini," kata Abdul Harith.
Mengulas sama ada akan wujud konflik sekiranya Proton melaksanakan kedua-dua model perniagaan itu, Abdul Harith menegaskan ia seharusnya menyokong antara satu sama lain.
"Tidak akan berlaku konflik dengan apa yang kami laksanakan ketika ini, ia seharusnya menyokong apa yang sudah kami laksanakan.
"Kami menghadapi kesulitan dalam usaha untuk bergerak sendiri tetapi pendekatan yang kami ambil tidak salah kerana kami mampu membangunkan model yang berjaya.
"Kami berjaya membangunkan Waja, kami berjaya membangunkan Exora dan kami berjaya membangunkan Persona.
Proton menyambut ulang tahun ke-30 hari ini selepas model pertama Saga mula dikeluarkan ke pasaran domestik pada 1985.
Menuju ke hadapan, pelbagai rancangan jangka panjang direncanakan bagi memastikan Proton kekal berdaya saing di pasaran tempatan seterusnya mampu menempatkan diri di pasaran global.
Astro Awani
Thu Jul 09 2015
ABDUL HARITH: Kami (Proton) akan meneruskan perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat yang bebas dengan membina laluan kami sendiri. -Gambar fail
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Polis buka kertas siasatan kes resit hina Islam
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.