Usahawan Malaysia perlu mengorak langkah merebut peluang besar yang ditawarkan Qatar untuk meneroka pasaran di negara berkenaan, sekali gus dapat melebarkan sayap perniagaan mereka ke negara Asia Barat lain.
Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Qatar (MQBC), Datuk Maheran Mohd Salleh berkata Qatar mempunyai banyak syarikat kukuh yang bersedia menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia dalam bidang seperti sektor minyak dan gas, pelancongan kesihatan serta jaminan keselamatan makanan.
"Kami (MQBC) berharap syarikat Malaysia mengambil peluang daripada hubungan rapat antara kedua-dua negara ini (Malaysia dan Qatar) bagi mengembangkan perniagaan mereka di Qatar," katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, Rabu.
Beliau berkata MQBC bersedia menjadi pusat sehenti kepada syarikat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang berminat melabur di negara ini untuk memperluaskan perniagaan mereka.
"Sebelum ini, banyak syarikat Malaysia tidak tahu peluang pelaburan yang ada di Qatar, malah ada juga yang bimbang untuk melabur di sini. MQBC sedia membantu syarikat Malaysia dan juga Qatar untuk mewujudkan rakan perniagaan strategik untuk membuat pelaburan di kedua-dua negara," katanya.
Maheran berkata pada masa ini, jumlah syarikat Malaysia yang melabur di Qatar masih kecil berbanding dengan syarikat dari Singapura dan Indonesia.
Malah, beliau berkata lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia seperti Gamuda Berhad dan WCT Engineering Bhd (WCT), yang memperoleh projek di negara ini sejak 10 tahun lepas, juga kini sudah menyiapkan projek masing-masing.
"Jadi, syarikat dan usahawan Malaysia perlu merebut peluang yang ada di negara ini," katanya.
Maheran berkata Qatar juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai "pangkalan" untuk melebarkan pelaburan mereka di Asia Tenggara.
Katanya lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Qatar bermula Rabu (11 Dis), juga dijangka memberi kesan positif terhadap dagangan antara kedua-dua negara.
Qatar adalah rakan ekonomi kelima terpenting kepada Malaysia di Asia Barat. Pada 2018, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM3.72 bilion, meningkat 29 peratus berbanding pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019
Qatar mempunyai banyak syarikat kukuh yang bersedia menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia. - Reuters
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
SIA, Scoot elak lalu ruang udara Iran berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat
SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif berkuat kuasa dari 1 tengah hari pada 13 April sebagai langkah berjaga-jaga.