Syarikat konglomerat Kumpulan Berjaya Corporation Berhad berhasrat untuk mengumpul dana sehingga RM5 juta bagi Tabung Harapan Malaysia.
Pengasasnya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berkata usaha berkenaan akan dilakukan bersama-sama syarikat pengeluaran aksesori permainan video dan komputer peribadi terkemuka dunia Razer, melalui perkhidmatan e-Dompet Razer Pay.
“Bemula hari ini sehingga 30 Ogos nanti, kami komited untuk menderma RM10 bagi setiap transaksi pertama pengguna Razer Pay di toko-toko Berjaya.
“Ia memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 transaksi untuk mencapai derma RM5 juta ini dan saya yakin, usaha yang dipimpin Min Liang Tan (Pengasas Razer) akan berjaya.
“Saya beritahu Liang Tan mengenai Malaysia Baharu bahawa ia adalah yang terbaik untuk negara ini dan bakal menarik lebih ramai pelabur asing sepertinya,” kata Vincent semasa pelancaran perkhidmatan Razer Pay di Alila Bangsar hari ini.
Razer Pay merupakan aplikasi yang dibangunkan secara khas untuk golongan belia dan milenial bagi memudahkan urusan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai (cashless payment).
Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh menambah nilai, melakukan transaksi duit dan melakukan pembayaran dengan mudah di mana-mana sahaja.
Sementara itu, Tabung Harapan Malaysia mencatatkan kutipan derma sebanyak RM133,756,194.04 setakat jam 4.40 petang hari ini.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Mariah Ahmad
Wed Jul 04 2018
Kumpulan Berjaya Corp Berhad tekad untuk mengumpul dana sehingga RM5 juta untuk Tabung Harapan Malaysia, (dari kiri) Pengasas Bersama dan CEO Razer Min-Liang Tan dan Pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Razer Pay: Kumpulan Berjaya sasar dana RM5 juta untuk Tabung Harapan
Pengasasnya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berkata pihaknya komited untuk menderma RM10 bagi setiap transaksi pertama pengguna Razer Pay di toko-toko Berjaya.