Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) antara faktor paling penting dalam usaha menarik balik pelabur asing ke Bursa Malaysia.
Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Mohd Nazri Khan Adam Khan berkata pelabur asing masih menantikan janji rangsangan oleh kerajaan dan polisi yang lebih jelas.
Ini termasuk berkenaan pelan peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri yang dijangka pada 2020.
Mohd Nazri Khan dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Selasa yakin perkara ini akan menjadi lebih jelas dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Bloomberg pada 18 November berjudul "Malaysian Stocks Get Cheaper by the Day But Few Want to Buy."
Tambahnya, beliau kekal optimis kerana pada ketika ini pasaran saham terbaik dunia adalah China dan Malaysia berada pada kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada situasi itu, menerusi hubungan baik kedua negara.
Mohd Nazri Khan turut menjangka dana dari China akan kembali masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
“Sebagai penganalisis yang telah duduk lama dalam industri ini, saya melihat Bursa has been shunned by the foreign investors for so long, malah kita berada dalam paras rendah dalam masa lima tahun, perkara ini telah berlaku sejak lima tahun lepas.”
Tegasnya, “Kita telah dinilai kurang selama lima tahun; kita ada banyak saham bernilai tinggi yang dinilai kurang di sini.”
Menurutnya, Bursa Malaysia terkenal sebagai antara pasaran saham yang defensif di dunia dengan dividen/hasil antara tertinggi di dunia.
Tambahnya, dakwaan indeks utama Bursa Malaysia sentiasa teruk adalah tidak begitu tepat dengan indeks utama Bursa Malaysia telah meningkat sepanjang dua minggu lepas.
Tegasnya lagi, untuk suku pertama tahun ini, dana asing adalah sangat kukuh dengan kemasukan bersih pelaburan asing.
Menurutnya lagi, antara sektor yang mencatatkan prestasi baik pada tahun ini adalah sektor pembinaan yang mencatatkan kenaikan lebih 40 peratus setakat tahun ini.
Sektor lain termasuk sektor minyak dan gas dan elektrik dan elektronik, termasuk syarikat semikonduktor.
“Saya yakin kalau kita lihat sejarahnya, pasaran saham kita sering melemah namun ia kembali mengukuh selepas itu.
"Kita ada banyak dana domestik di sini, sistem perbankan kita masih kukuh, kebanyakan GLC berkait dengan kerajaan dan dividen/hasil kita juga antara yang tertinggi di dunia," kata Mohd Nazri Khan.
Rizal Zulkapli
Tue Nov 19 2019
Reformasi GLC antara faktor paling penting dalam usaha menarik balik pelabur asing ke Bursa Malaysia. -Foto fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.