awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan

Bernama
Bernama
31/03/2016
11:06 MYT
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Unit tempatan ditutup pada 3.8970/8070 berbanding dolar AS daripada 3.9385/9455 pada Rabu. - Gambar hiasan
Ringgit mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar AS dengan ditutup pada 3.897 hari ini, paras tertingginya dalam tempoh tujuh bulan berikutan sokongan berterusan daripada pelabur.
Unit tempatan ditutup pada 3.8970/8070 berbanding dolar AS daripada 3.9385/9455 semalam.
Seorang peniaga berkata unit tempatan meningkat ke paras baharu ini didorong oleh sentimen global yang positif.
"Sentimen global menerima rangsangan tidak dijangkakan semasa dagangan minggu ini susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan AS (FED) Janet Yellen yang memihak kepada kadar faedah rendah yang menidakkan jangkaan kenaikan kadar AS pada April.
"Nada berhati-hati beliau ke arah pelaksanaan kenaikan kadar Fed pada masa depan membayangi pandangan memihak kepada kadar faedah tinggi para pegawai Fed lain, di samping memberi kejelasan yang dicari oleh para pelabur," kata Penganalisis Penyelidikan FXTM Lukman Otunuga dalam satu kenyataan.
Beliau berkata dolar menerima kesan daripadanya apabila indeksnya jatuh merudum ke paras terendah dalam tempoh lima bulan pada 94.60.
Seorang peniaga lain berkata berita itu meningkatkan mata wang Asia termasuk ringgit yang menjadi 'mata wang mencatatkan prestasi terbaik' rantau ini walaupun ia masih kekal kurang menarik.
Berbanding mata wang utama, unit tempatan diniagakan tinggi.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8929/8022 daripada 2.9157/9215 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.4689/4788 daripada 3.5087/5159 sebelumnya.
Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4254/4376 daripada 4.4580/4667 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.6047/6214 daripada 5.6667/9776 pada Rabu.
Topic Berkaitan
#dolar
#ringgit
#Ringgit cecah paras tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan