Berita  | Bisnes

Ringgit dibuka rendah untuk hari kedua berturut-turut

Ringgit dibuka rendah untuk hari kedua berturut-turut
Ringgit secara keseluruhannya turut didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama dunia.
KUALA LUMPUR: Kebimbangan pelabur terhadap impak perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China, terbukti memberi tekanan terhadap pasaran tukaran asing yang menyaksikan ringgit dibuka lebih rendah pada pagi ini dan meneruskan prestasinya yang kurang memberangsangkan sejak minggu lepas.

Pada 9.02 pagi, ringgit berada di paras 4.1870/1900 daripada 4.1770/1800 sewaktu ditutup semalam.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata kebimbangan terhadap perang dagangan itu serta harga minyak yang rendah hanya menjadikan ringgit kehilangan tarikan di mata pelabur.
Sementara itu, ringgit secara keseluruhannya turut didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0255 daripada 3.0231/0264 tetapi lemah berbanding yen kepada 3.9504/9543 daripada 3.9343/9389.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.0893/0938 daripada 5.0684/0741 dan rendah berbanding euro kepada 4.7054/7091 daripada 4.6561/6611.

-- BERNAMA