awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari
Wanita mengaku tidak bersalah ludah polis, hina Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
25/03/2020
02:47 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar AS. Gambar fail.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS ketika sesi awal dagangan hari ini didorong minat belian sederhana terhadap mata wang tempatan.
Pada 9.04 pagi, unit tempatan berada pada 4.4300/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata walaupun dolar AS rendah sedikit di peringkat global, namun ringgit masih bergelut dengan keadaan politik yang tidak mudah, turun naik harga minyak mentah serta Perintah Kawalan Pergerakan, yang terus menyukarkan usaha pemulihan ekonomi.
"Selain itu, pelabur bon Malaysia mulai semakin bimbang memandangkan Sekuriti Kerajaan Malaysia berada dalam senarai pemerhatian Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE dan semakan semula interim akan dikeluarkan bulan ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Unit domestik tinggi berbanding yen kepada 3.9949/0051 daripada 4.0174/0185 ketika ditutup semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7809/7934 daripada 4.7967/8007.
Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0566/0646 daripada 3.0557/0611 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2181/2312 daripada 5.1689/1703.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#awal dagangan
#AxiCorp
#pelabur bon
#PKP
#ringgit
#Stephen Innes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan