awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi susulan unjuran KDNK 2Q19 lebih baik

Bernama
Bernama
14/08/2019
01:53 MYT
Ringgit dibuka tinggi susulan unjuran KDNK 2Q19 lebih baik
Ringgit juga mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain. - Gambar fail
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih baik bagi suku kedua tahun ini (2Q19) yang akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat ini, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1960/1990 semalam.
AmBank Group dalam nota penyelidikannya mengunjurkan 2Q19 sekitar 4.7-5.0 peratus tahun ke tahun berbanding 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.
"Ini berikutan wujudnya petunjuk utama ekonomi 2Q19 yang lebih baik seperti indeks pengeluaran industri dan indeks pengurus pembelian," katanya.
Dalam pada itu, ringgit juga mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0450/0515 daripada 5.0633/0703 yang dicatatkan sewaktu ditutup pada Isnin.
Berbanding yen, ringgit juga mengukuh kepada 3.9340/9398 daripada 3.9905/9945 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6776/6848 daripada 4.7016/0654 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambank
#Amerika Syarikat
#bank
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#KDNK
#mata wang
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan